BMW Malaysia membuat kejutan dengan penampilan dua model kenderaan elektrik penuh (EV) di pameran automotif Malaysia Autoshow 2023 di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor.
Dua model itu ialah BMW iX1 xDrive30 M Sport dan BMW i4 M50 (2023) yang membuat penampilan sulung di Malaysia. Tahun lalu, divisyen permotoran BMW M menyambut ulang tahun ke-50. Berikut perincian dua model tersebut:
BMW i4 M50
- Disertakan logo M dan lencana 50 Tahun BMW M sebagai ciri standard.
- Dilengkapi pakej M Aerodynamics, spoiler belakang M sama warna dengan badan kenderaan dan difuser belakang hitam.
- Aksen dalaman M dengan kemasan gentian karbon, material bumbung Antrasit M dan kerusi M Sport (depan), tali \ keledar M, kluster instrumen Sensatec dan bumbung kaca elektrik.
- BMW IconicSounds Electric membantu menghasilkan nada bunyi enjin M.
- Dua unit motor BMW M eDrive dengan setiap satu dipasang pada gandar depan dan belakang untuk pemanduan semua roda (AWD).
- BMW i4 M50 menawarkan kuasa 400kW (544hp) dan tork 795Nm jika menggunakan mod Sport Boost.
- Pecutan 0-100kmj mengambil masa 3.9 saat, manakala kelajuan maksimum 225kmj.
- Jarak pemanduan 510km sebelum bateri perlu dicas semula (kitaran WLTP).
- Pengecasan biasa (AC) mengambil masa 8 jam 15 minit (11 kW).
- Pengecasan pantas (DC) daripada 10 hingga 80 peratus mengambil masa 31 minit (200kW).
- Pilihan warna Mineral White (putih), Black Sapphire (hitam), M Brooklyn Grey (kelabu), M Portimao Blue (biru) dan Sanremo Green (hijau).
- Waranti tanpa had perbatuan selama lima tahun dengan program servis berjadual percuma.
- Waranti bateri lapan tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu). Juga disediakan Bantuan Jalanan.
BMW iX1 xDrive30 M Sport
- Menggunakan seunit motor segerak elektrik kompak (EESM) untuk setiap gandar, menawarkan kuasa terkumpul 230kW (313hp) dan tork 494Nm.
- Dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) dan pecutan 0-100kmj mengambil masa 5.6 saat. Kelajuan maksimum dihadkan 180kmj.
- Boleh dipandu sejauh 440km (kitaran WLTP).
- Pengecasan semula bateri melalui dua kaedah: pengecas biasa AC (11kW) atau pengecas pantas HPC (130kW). Pengecasan pantas memerlukan masa 29 minit untuk caj bateri daripada 10 hingga 80 peratus.
- Menggunakan suspensi Adaptive M Suspension sebagai ciri standard.
- BMW iX1 sarat dengan pelbagai sistem bantuan keselamatan pemanduan Driving Assistant Plus dan Parking Assistant Plus seperti ciri Bantuan Daki Bukit (HSA), Kawalan Halaju (SLC), Bantuan Perhatian (Attentiveness Assistant), Amaran Tukar Lorong (LDW) dengan Kawalan Stereng Aktif (ASC), Amaran Pelanggaran Depan (FCW), Amaran Belok Kiri (LTA).
- Pilihan warna badan Alpine White (putih), Black Sapphire (hitam), Cape York Green (hijau), M Portimao Blue (biru), Storm Bay dan Space Silver (perak).
- Ruang kargo 490 liter boleh dipertingkat kepada 1,495 liter dengan merebahkan kerusi belakang.
- Waranti tanpa had perbatuan lima tahun dengan program servis berjadual percumab
- Waranti bateri BMW lapan tahun atau 160,000km (mana satu tiba dulu). Juga disediakan Bantuan Jalanan.
- Pratempah BMW iX1 boleh dibuat dengan deposit RM3,000.
Leave a Reply