UMW Toyota Motor (UMW Toyota) menyatakan Toyota Vios serba baharu akan terus dijual kerana kenderaan itu tidak terlibat dengan sebarang isu berhubung tahap keselamatan dan kualiti berikutan skandal manipulasi Daihatsu di Jepun.
Presiden UMW Toyota, Datuk Ravindran K dalam kenyataan mendakwa pihaknya tidak akan membuat kempen panggil balik Toyota Vios (2023) dan akan meneruskan jualan model sedan tersebut.
Beliau berkata;
Untuk pelanggan yang sudah menempah model Toyota Vios serba baharu atau berminat membeli, kami ingin beri jaminan Toyota Vios mematuhi semua regulasi keselamatan dan kualiti kenderaan tidak terjejas."
Pengumuman UMW Toyota itu dibuat selepas Perodua susulan kenyataan Daihatsu Co Ltd pada 28 April lalu berhubung 'prosedur luar aturan' ujian membabitkan empat model, termasuk Toyota Vios serba baharu.
Ujian susulan mendapati kenderaan tersebut memperoleh dan mematuhi pensijilan UN-R95, sekali gus menjadi asas kepada keputusan tidak membuat memanggil balik Toyota Vios dan meneruskan jualan seperti biasa.
Ravindran berkata lagi;
Kami memohon maaf untuk sebarang gangguan dialami pelanggan dan ingin memberi jaminan kepada semua orang berhubung kualiti dan keselamatan kenderaan kami. Komitmen kami kepada keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan."
Leave a Reply