MODEL yang dibangunkan dengan kerjasama Harley-Davidson dan QJ Motor, X500 and X350 ditayangkan serentak kepada orang awam sempena Pameran Auto Shanghai 2023 di China baru-baru ini.
Harley-Davidson X350 sudah dilancarkan Mac lalu pada harga 33,388 yuan (RM21,540), manakala model abang berkapasiti lebih tinggi, Harley-Davidson X500 (2023) baru saja diperkenalkan sempena pameran automotif itu pada harga 44,388 yuan (RM28,630).
Kedua-dua model itu nyata berbeza berbanding produk asal Harley-Davidson kerana sebahagian proses pembuatan dan pemasangan dilakukan QJ Motor yang menggunakan platform Benelli Leoncino 500 dan Leoncino 350.
Secara am, rekabentuk dan postur tunggangan mirip karakter Benelli. Harley-Davidson X500 (2023) dijana trenkuasa dwi-silinder sebaris 500cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 47hp dan tork 44.7Nm, manakala spesifikasi X350 boleh dibaca di SINI.
Sama seperti X350, Harley-Davidson X500 (2023) juga menggunakan panel meter semi-digital dengan paparan spidometer, bar petrol, odometer dan beberapa maklumat lain. Lampu depan dan brek jenis LED, dan turut dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Cruiser Terkecil Harley-Davidson Menjelang Pelancaran di India
BACA >>> Harley-Davidson X350 (2023) Hadir dengan Tiga Pilihan Warna, Harga Mula RM21.7k!
SUMBER: RideApart
Leave a Reply