• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Toyota GR Supra GT4 100 Edition (2023) Cuma Ada Tiga Unit Sahaja

Toyota GR Supra GT4 100 Edition (2023) Cuma Ada Tiga Unit Sahaja

June 4, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

BETUL-BETUL terhad apabila Toyota GR Supra GT4 100 Edition (2023) ditawarkan tiga unit sahaja yang dibuat sempena meraikan pengeluaran ke-100 kereta lumba Toyota GR Supra GT4.

Model lumba istimewa itu diasaskan daripada Toyota GR Supra GT4 EVO dengan warna istimewa, kit depan khas, logo dan nombor siri.

Mengenai Toyota GR Supra GT4 (foto atas), angka ke-100 adalah jumlah tinggi kerana kereta sport itu dibuat khusus untuk perlumbaan.

Angka tersebut dicapai selepas jualan dibuka pada Mac 2020 dan bermula di Eropah sebelum menyusul ke Amerika Utara pada Ogos dan seterusnya Jepun serta sebahagian negara Asia pada Oktober tahun sama.

Toyota GR Supra GT4 2019.02
Toyota GR Supra GT4 2019.03

Hingga penghujung 2022, Toyota GR Supra GT4 bersaing dalam 317 perlumbaan (625 pendaftaran) serata dunia dan memperoleh 79 kemenangan kelas, 20 kemenangan keseluruhan dan 207 podium dalam kejuaraan GT4.

Tidak hanya menjual kereta, pasukan jurutera TGR mengembara ke litar lumba serata dunia untuk menyediakan khidmat sokongan pelanggan dan menerima maklum balas langsung daripada pasukan lumba dan pelumba. Maklumat itu kemudian digunakan bagi menambah baik komponen dan kereta.

Pada 2022 menyaksikan TGR memperkenalkan Toyota GR Supra GT4 EVO (foto atas) dengan perubahan pada sistem brek, suspensi, bar anti-oleng, sistem penyejukan dan enjin.

Toyota GR Supra GT4 100 Edition 2023.01
Toyota GR Supra GT4 100 Edition 2023.02

Daripada model itu, TGR menawarkan pula Toyota GR Supra GT4 100 Edition (2023), dan tiga unit ditawarkan itu pasti istimewa buat pasukan lumba yang memiliki model khas tersebut.

Toyota GR Supra GT4 EVO digerakkan enjin 6-silinder sebaris 2,998cc pengecas turbo kembar twin-scroll dengan tork 660Nm.

Menurut TGR, model baharu itu mampu memberikan masa pusingan lebih pantas, dan harga ditawarkan ialah €186,000 (RM912,010).

BACA >>> Model Lumba Toyota GR Supra GT4 Evo (2023) Siap Sedia Tambah Trofi, Harga RM875k!
BACA >>> Toyota Aygo X Air Edition (2023) dalam Warna Brass Gold, Bukan Axia dan Bukan untuk Asia!
BACA >>> Toyota Corolla Commercial (2023) - Model Wagon Jadi Van Perdagangan, Harga RM130k!

Toyota GR Supra GT4 100 Edition
Toyota GR Supra GT4 100 Edition 2023.01
Toyota GR Supra GT4 100 Edition 2023.02
Toyota GR Supra GT4 100 Edition 2023.04
Toyota GR Supra GT4 100 Edition 2023.03
toyota-gr-supra-gt4-100-edition-2023-1
toyota-gr-supra-gt4-100-edition-2023-2
toyota-gr-supra-gt4-100-edition-2023-3
toyota-gr-supra-gt4-100-edition-2023-4
toyota-gr-supra-gt4-100-edition-2023-5
Toyota GR Supra GT4 (2020)
Toyota GR Supra GT4 2019.01
Toyota GR Supra GT4 2019.02
Toyota GR Supra GT4 2019.03

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: GR, GR Supra GT4, Roda4, Toyota, Toyota GR Supra, Toyota GR Supra GT4, Toyota GR Supra GT4 100 Edition, Toyota Supra

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
    #TahukahAnda: Kenapakah Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?
  • #Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium atau Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    #Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium atau Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!
    Proton X50 2026 Serba Baharu Buka Tempahan, 10k Pelanggan Terawal Terima Rebat RM1k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev