• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Mahu ke Angkasa! Kini Bangunkan Kenderaan Jelajah Bulan

Hyundai Mahu ke Angkasa! Kini Bangunkan Kenderaan Jelajah Bulan

May 23, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HYUNDAI Motor Group (HMG)
mengumumkan sudah mula membina model pembangunan awal kenderaan jelajah bulan bersama rakan aeroangkasa.

Pada Julai 2022, HMG menandatangani perjanjian penyelidikan multilateral dengan enam institut penyelidikan Korea dalam bidang aeroangkasa. Perjanjian itu bagi menjalankan dan memberikan sokongan kepada badan perundingan tersebut untuk membangunkan penyelesaian pengangkutan penjelajahan permukaan bulan.

Badan perundingan itu terdiri daripada:

  • Institut Astronomi dan Sains Angkasa Korea (KASI)
  • Institut Penyelidikan Elektronik dan Telekomunikasi (ETRI)
  • Institut Kejuruteraan Awam dan Teknologi Bangunan Korea (KICT)
  • Institut Penyelidikan Aeroangkasa Korea (KARI)
  • Institut Penyelidikan Tenaga Atomik Korea (KAERI)
  • Institut Teknologi Automotif Korea (KATECH)

HMG mensasarkan menyiapkan unit ujian awal pada penggal kedua 2024 dengan menghasilkan model siap menjelang 2027.

Kenderaan itu kelak akan menggunakan teknologi robotik termaju dan pemanduan autonomi Hyundai Motor Company dan Kia Corporation untuk kamera, LiDAR, dan sistem pemanduan (motor, roda dan suspensi), serta kelengkapan pengecasan (panel solar dan bateri).

HMG juga memanfaatkan teknologi pembuatan robot Hyundai Rotem. Komponen dari HMG akan digunakan pada bahagian bawah kenderaan, manakala bahagian atas untuk muatan saintifik penjelajahan.

Kenderaan itu akan dilengkapi fungsi pengurusan haba dan pelindung radiasi sebagai perlindungan kepada  persekitaran ekstrem permukaan bulan.

Bahagian bawah kenderaan sebenarnya mempunyai tugas penting sebagai sokongan kepada bahagian atas yang terdiri daripada pelbagai perkakasan canggih untuk mengorek, menggali dan penjelajahan manusia mencari sumber.

Bukan sekadar objek biasa, kenderaan empat roda itu juga perlu ada pelbagai fungsi dan guna. Ia akan didaratkan di kawasan dekat kutub selatan bulan bagi menjalankan pelbagai misi saintifik, dan menggunakan kuasa solar dengan berat sekitar 70kg.

Sebelum misi dilaksana, HMG akan melakukan ujian di kawasan persekitaran sama seperti permukaan bulan dan seterusnya membuat penambahbaikan.

BACA >>> Pereka Hyundai, Genesis Menang Individu Terbaik dalam Anugerah Kereta Dunia (WCA) 2023!
BACA >>> Kajian: Hyundai Tucson Dipilih Kereta Paling Puas Hati Pembeli UK

Kenderaan penjejalahan bulan Hyundai Motor Group.04
Kenderaan penjejalahan bulan Hyundai Motor Group.03
Kenderaan penjejalahan bulan Hyundai Motor Group.02
Kenderaan penjejalahan bulan Hyundai Motor Group.01
hyundai-buat-kereta-ke-bulan-1

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, hyundai, Hyundai Motor Group, Hyundai Motor Group (HMG), Hyundai Rotem, Kia Corporation, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev