• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Bugatti Bolide (2024) Ini Ada 40 Unit Sahaja, Dibikin Khas untuk Litar pada Harga RM19.4j!

Bugatti Bolide (2024) Ini Ada 40 Unit Sahaja, Dibikin Khas untuk Litar pada Harga RM19.4j!

May 22, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


BUGATTI Bolide (2024)
kali pertama ditayangkan atas talian pada 28 Oktober 2020 sebagai kereta hiper yang dibuat untuk litar dengan kuasa luar biasa.

Pada Ogos 2021, Bugatti mengesahkan Bolide akan dikeluarkan dan dihadkan kepada 40 unit sahaja. Segala kata-kata itu menghampiri realiti apabila unit prototaip Bolide menjalani fasa baharu ujian pembangunan.

Bugatti bermula dengan enjin W16 (7,993cc) empat turbo sebelum membangunkan kereta dengan berat paling ringan yang berpusat pada enjin itu.

Badan Bugatti Bolide tampil ekstrem dan langsung berbeza daripada model jalanan, dibuat bagi memaksimumkan daya mendap, penyejukan paling cekap dan nisbah kuasa kepada berat luar biasa.

Bugatti mensasarkan Bolide memiliki kuasa 1,600ps dan berat kering 1,450kg untuk mencapai nisbah 1:1. Enjin itu dipadankan transmisi DSG 7-kelajuan dalam sistem pacuan semua roda (AWD) sepenuh masa.

Memasangkan enjin W16 bukan semudah pasang dan siap. Bugatti menggunakan monokok karbon dengan bentuk berbeza daripada model Chiron yang bermakna banyak komponen perlu direka semula seperti sistem penyejukan, transmisi dan suspensi.

Semua komponen itu perlu dimuatkan dalam rekabentuk Bugatti Bolide (2024) yang kompak dan aerodinamik dengan hanya beberapa milimeter ruang lebih.

Bersama cagak enjin baharu, suspensi unit pacuan Bolide tiga kali lebih kuat daripada Chiron, dan model ini menggunakan bering suspensi jenis uniball yang dapat memberikan respons lebih tepat kepada pemandu.

Selain itu, Bugatti Bolide (2024) menggunakan jumpelang (rocker) titanium cetakan 3D bagi mendapatkan bentuk unik dan berat rendah.

Seperti yang dikatakan, enjin W16 memainkan peranan utama pada kereta hiper ini yang sentiasa disuap dengan keempat-empat turbo dengan karakter terbaik di litar lumba kerana enjin sentiasa beroperasi pada rev tinggi.

Bugatti Bolide.07
Bugatti Bolide.05

Bugatti menala enjin itu untuk memberikan putaran lebih tinggi pada setiap minit dan berjaya dipadankan dengan transmisi yang diubah suai untuk prestasi lebih jitu. Sistem brek juga dirombak dan lebih tahan kepada haba berbanding brek seramik karbon pada Chiron yang dibuat supaya berkesan dan tahan lama.

Brek Bugatti Bolide (2024) perlu dipanaskan sebelum mencapai tahap kecekapan puncak. Pasukan jurutera merekabentuk semula kaliper brek untuk menghasilkan dan menyerap haba lebih berkesan.

Set brek terdiri daripada cakera 390mm dan rim 18 inci dengan penutup karbon bagi melindungi daripada panas lampau daripada brek.

Satu lagi ciri unik Bugatti Bolide (2024) ialah tayar slik belakang yang sama seperti jentera lumba LMdh dalam perlumbaan Kejuaraan Enduran Dunia (EDC). Penghantaran pertama bermula 2024 dan dijual pada harga €4,000,000 (RM19,461,660).

Tahukah anda? Setakat ini diketahui seorang rakyat Malaysia sudahpun menempahnya.

BACA >>> Ini Senarai Harga Kos Servis, Penyelenggaraan Bugatti Chiron Pur Sport...
BACA >>> #TahukahAnda: Penyaman Udara Bugatti Chiron, Divo Mampu Sejukkan Pangsapuri

Bugatti Bolide.01
Bugatti Bolide.02
Bugatti Bolide.03
Bugatti Bolide.04
Bugatti Bolide.05
Bugatti Bolide.06
Bugatti Bolide.07
Bugatti Bolide.08
Bugatti Bolide.09
Bugatti Bolide.10
Bugatti Bolide.11
Bugatti Bolide.12
Bugatti Bolide.13
Bugatti Bolide.14

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bolide, Bugatti, Bugatti Bolide, Bugatti Bolide (2024), Kereta Hiper, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?
    Berapakah Tekanan Angin yang Betul Selepas Tukar Saiz Rim dan Tayar?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev