• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Trail125 (2023) Diperkenal di AS, Enjin Baharu Seperti Super Cub, RM17.7k!

Honda Trail125 (2023) Diperkenal di AS, Enjin Baharu Seperti Super Cub, RM17.7k!

May 5, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Trail125 (2023)
untuk pasaran Amerika Syarikat tampil dengan enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 124cc SOHC penyejukan udara, sama seperti Super Cub (2022).

Di Jepun, Honda Trail125 dikenali sebagai Honda CT125 Hunter Cub yang mana model enjin baharu diperkenal tahun lalu.

Enjin Honda Trail125 (2023) menggunakan bahagian bawah (dengan kotak engkol direka baharu), atau dikacuk daripada enjin C110 pasaran Jepun dan SOHC dua injap bahagian atas Honda Grom.

Menurut Honda, enjin itu menghasilkan kuasa yang diperoleh pada setiap julat rev, sambil mengekalkan penggunaan bahan api yang ekonomi.

Berbanding sebelum ini, enjin 2023 lebih undersquare (diameter piston lebih kecil daripada ukuran lejang) dengan saiz gerek 50mm dan lejang 63.1mm, manakala nisbah mampatan 10.0:1.

Dibandingkan Super Cub, Honda Trail125 (2023) mempunyai saiz masukan lebih panjang dan talaan ekzos untuk kuasa daripada julat rendah hingga sederhana lebih tinggi.

Sproket belakang juga lebih besar dengan saiz 38 untuk gear rendah yang sesuai dengan konsep sebagai motosikal off-road dauntuk tunggangan jalan lasak.

Kotak udara direka supaya sepadan enjin dengan aliran udara pada bahagian panel tidak terganggu komponen lain. Penggunaan penapis jenis kertas dengan tiub sambungan dan kedudukan injektor membantu kelancaran tunggangan.

Enjin itu juga menggunakan penapis minyak boleh ganti yang menurut Honda ramai pemilik Honda Trail125 lebih gemar melakukan penyelenggaraan sendiri.

Antara ciri ikonik Honda Trail125 (2023) ialah mufler atas yang nampak sama, tetapi isi dalaman sudah diubah dengan unit tunggal bagi menggantikan sepasang penukar bermangkin (catalyzer) pada ekzos sebelum ini.

Perubahan itu membantu kecekapan silinder, manakala unit kawalan elektronik (ECU) diprogram untuk memaksimum prestasi dan kecekapan, manakala output alternator dipertingkat.

Transmisi kekal seperti model terdahulu jenis klac automatik 4-kelajuan. Sistem brek menggunakan brek cakera tunggal 220mm di depan dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan cakera tunggal 190mm di belakang.

Selain perubahan mekanikal, Honda Trail125 (2023) ditawarkan dalam warna baharu Pearl Organic Green (hijau). Kapcai off-road ini dijual pada harga AS$3,999 (RM17,740).

BACA >>> SUV Hibrid Gaya Sport Honda ZR-V e:HEV MUGEN Custom Concept (2023)
BACA >>> Honda CR-V Hybrid Racer (2023), SUV Buas dengan Enjin Hibrid 2.2L Turbo Kembar V6, 800hp!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda Trail 125, Honda Trail125, Honda Trail125 (2023), Honda USA, Kapcai, Kapcai Off-Road, Moped, roda2, underbone

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my