• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Diskaun Semua Saman Trafik PDRM dari 21 April hingga 21 Mei 2023, Bayar RM50 Sahaja!

Diskaun Semua Saman Trafik PDRM dari 21 April hingga 21 Mei 2023, Bayar RM50 Sahaja!

April 19, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April-21 Mei ini untuk semua saman trafik PDRM yang dikeluarkan pada 2022 dan sebelumnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50, tetapi tidak terpakai untuk saman trafik dikeluarkan pada 2023.

Bagaimanapun, Anwar berkata, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap optimum, terutama musim perayaan.

Maka, bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 dan 19 April ini dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan.

"Selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April ini bagi tempoh tujuh hari dengan tema 'Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi'.

Perdana Menteri berkata lagi, PDRM akan bekerjasama dengan agensi lain seperti RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan laluan 'hotspots' seperti susur masuk dan keluar plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas.

BACA >>> PM Umum Tol Rahmah Percuma 4 Hari Sempena Hari Raya Aidilfitri
BACA >>> #TahukahAnda: 7 Kesalahan Utama Tidak Boleh Kompaun pada Aidilfitri

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Anwar Ibrahim, diskaun saman, kadar khas bayaran saman, Perdana Menteri, Saman Polis, saman trafik pdrm, trafik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev