• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Lexus Tampil SUV Kompak Premium - NX Facelift dan 200t Special Edition

Lexus Tampil SUV Kompak Premium - NX Facelift dan 200t Special Edition

March 14, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LEXUS NX adalah antara kenderaan utiliti sukan (SUV) popular ditawarkan Lexus Malaysia. NX berada dalam segmen SUV kompak premium dan di bawah satu lagi kategori SUV popular Lexus, iaitu RX. Selepas dua tahun di pasaran, Lexus Malaysia memperkenalkan beberapa pengemaskinian dan varian baharu - NX Special Edition.

Kini ada enam varian Lexus NX:

  • NX 200t
  • NX 200t Special Edition
  • NX 200t Premium
  • NX 200t Luxury
  • NX 200t F Sport
  • NX 300h (hibrid)

Tiada perubahan mekanikal bagi model kecuali beberapa kaizen (penambahbaikan) supaya tampil lebih reliabel dan efisien. NX (kecuali NX300h) dilengkapi enjin 2.0 turbo dengan teknologi Pemasa Injap Variabel Duaan dengan Keluasan Pintar atau Dual Variable Valve Timing with intelligence Wide (VVT-iW).

NX 200t

NX 200t (2017) menerima beberapa peningkatan fitur, tetapi masih mengekalkan harga sama seperti berikut:

  • Lampu utama LED bentuk Triple-L.
  • Lampu kabus LED dengan nyalaan automatik sewaktu membelok.
  • Sensor hujan dengan bilah pengelap automatik.
  • Rim 18-inci dengan tayar 225/60 R18.
  • Kunci kad pintar  Lexus - Pintu dikunci dan dibuka secara sentuhan di hendal pintu, manakala enjin dihidupkan dengan punat tekan-mula di papan pemuka.
  • Bumbung matahari - Ciri standard NX 200t Special Edition dan F SPORT.
  • Bukaan but automatik (Power Back Door) - Standard bagi kesemua varian.

NX 200t SPECIAL EDITION

  • Edisi istimewa sama seperti NX 200t, kecuali warna hitam pada gril, kemasan kabin, cermin sisi dan rim.

OPSYEN WARNA 5 + 2

Lexus NX menawarkan lima opsyen warna, iaitu:

  • Sonic Quartz (putih)
  • Platinum Silver (kelabu)
  • Sonic Titanium (perak)
  • Graphite Black Glass Flake (hitam)
  • Red Mica Crystal Shine (merah)

Dua warna baharu:

  • Lava Orange Crystal Shine (jingga)
  • Heat Blue (biru) - Ditawarkan secara eksklusif bagi model NX 200t F Sport. Warna ini menggunakan empat lapisan cat untuk mendapatkan sebatian warna istimewa.

WARANTI DAN HARGA

Lexus NX didatangkan dengan waranti pengeluar selama lima tahun tanpa had perbatuan, manakala bateri NX 300h (Hibrid) pula mendapat jaminan lapan tahun. Bagi perkhidmatan selepas jualan, Lexus Malaysia kini menyedia lapan pusat servis dengan staf teknikal profesional yang mendapat latihan lanjutan dengan Toyota Motor Corporation.

Harga Lexus NX atas jalan adalah seperti berikut:

  • NX 200t - RM318,757.93
  • NX 200t Special Edition - RM320,813.05
  • NX 200t Premium - RM350,512.29
  • NX 200t Luxury - RM372,191.05
  • NX 200t F Sport - RM398,907.61
  • NX 300h (hibrid) - RM409,344.16

GALERI - NX 200t

GALERI - NX 200t SPECIAL EDITION

SUMBER: Lexus Malaysia

Related

106
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Lexus, Lexus Malaysia, Lexus NX, NX 200t, NX 200t F Sport, NX 200t Luxury, NX 200t Premium, NX 200t Special Edition, NX 300h (hibrid), Roda4, SUV, SUV kompak premium

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my