• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kerajaan Perkenan Hasrat Sarawak Tubuh Penerbangan Sendiri Tangani Isu Tiket Mahal

Kerajaan Perkenan Hasrat Sarawak Tubuh Penerbangan Sendiri Tangani Isu Tiket Mahal

April 18, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


BAGI menangani masalah harga tiket penerbangan Semenanjung-Borneo yang terlalu mahal, Kerajaan Persekutuan bersetuju dengan permohonan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan syarikat penerbangan sendiri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat Kerajaan Sarawak mewujudkan syarikat penerbangan butik itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Beliau berkata;

Saya menerima cadangan penubuhan syarikat penerbangan butik itu bagi membantu menangani kos penerbangan (antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak) yang terlalu tinggi. Kerajaan Sarawak mendepani banyak hal seperti kenderaan elektrik, hidrogen dan gas, serta dengan prestasi ditunjukkan, kita bersetuju dengan permohonan untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik," katanya.

Perdana Menteri turut memuji pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Sarawak yang menunjukkan prestasi pengurusan cemerlang dan berpandangan harus menjadi contoh kepada negeri lain.

PM yakin prestasi cemerlang Kerajaan Negeri Sarawak mampu menguruskan syarikat penerbangan butik yang dirancang.

Menguruskan syarikat penerbangan bukan mudah dan memerlukan pengalaman, tetapi melihat prestasi Kerajaan Sarawak, saya setuju kerana yakin mereka boleh melakukannya," katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg dalam ucapan meminta Anwar menimbang permohonan Kerajaan Negeri kerana Sarawak kini menjadi tumpuan pengunjung, termasuk dari Semenanjung Malaysia sama ada untuk tujuan pelancongan atau urusan perniagaan, tetapi masalah utama dihadapi adalah berkaitan penerbangan.

Tidak ada cara lain yang mudah untuk ke Borneo kecuali dengan menaiki kapal terbang, tetapi masalahnya tiket penerbangan terlalu mahal. Sekarang harga tiket penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur hampir sama dengan harga dari Kuala Lumpur ke Hong Kong," katanya.

Abang Johari menjelaskan, hasrat Kerajaan Negeri Sarawak menubuhkan syarikat penerbangan butik bukan untuk bersaing dengan syarikat penerbangan sedia ada, tetapi menstabilkan harga tiket.

Justeru Kerajaan Sarawak sudah bersedia melabur dalam syarikat penerbangan kecil bagi merealisasikan hasrat berkenaan.

BACA >>> Bukan Kereta Terbang, Tapi Bot Hidrofoil Candela C-8 Ini Guna Bateri Polestar!
BACA >>> AirAsia Tawar Tambang Rahmah Sempena Aidilfitri, RM199 KL-Sarawak, RM249 KL-Sabah!

SUMBER: BHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Abang Johari, Auto Terkini, Kapal Terbang, kerajaan sarawak, PM Anwar, sarawak airline, Syarikat Penerbangan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my