• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Brio Paling Laris 3 Bulan Berturut-Turut di Indonesia, Avanza Masih Ketinggalan!

Honda Brio Paling Laris 3 Bulan Berturut-Turut di Indonesia, Avanza Masih Ketinggalan!

April 18, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


HONDA Brio mengekalkan status jualan kereta terbaik Indonesia selama tiga bulan berturut-turut sejak Januari 2023, mendahului model popular Toyota Avanza di negara jiran itu.

Statistik Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO) menunjukkan berlaku kenaikan mendadak 23 peratus untuk jualan borong Honda Brio iaitu 5,613 unit pada Februari 2023, kepada 7,327 unit (Mac 2023).

Jualan borong Toyota Avanza pula menunjukkan kenaikan 1.3 peratus daripada 5,565 unit pada Febuari 2023 kepada 5,641 unit (Mac 2023).

Jumlah jualan kenderaan keseluruhan pula naik 13.9 peratus antara Februari 2023 (86,954 unit) dan Mac 2023 (101,048 unit).

Sebagai makluman, jualan borong bermaksud jualan dari kilang kepada pengedar. Berikut senarai 10 model kenderaan paling laris di Indonesia berdasarkan bulan tahun ini:

10 Model Paling Laris di Indonesia - Mac 2023

  1.  Honda Brio (RS dan Satya): 7,327 unit
  2.  Toyota Avanza: 5,641 unit
  3.  Daihatsu Gran Max: 5,466 unit
  4.  Daihatsu Sigra: 5,027 unit
  5.  Suzuki Carry PU: 4,504 unit
  6.  Mitsubishi Xpander (termasuk Xpander Cross ): 4,320 unit
  7.  Honda HR-V: 4,221 unit
  8.  Toyota Rush: 3,939 unit
  9.  Toyota Calya: 3,868 unit
  10.  Daihatsu Ayla: 3,475 unit

10 Model Paling Laris di Indonesia - Februari 2023

  1. Honda Brio (RS dan Satya): 5,613 unit
  2. Toyota Avanza: 5,565 unit
  3. Daihatsu Sigra: 5,150 unit
  4. Daihatsu Gran Max PU: 4,890 unit
  5. Toyota Calya: 4,228 unit
  6. Suzuki Carry PU: 4,150 unit
  7. Honda HR-V: 3,826 unit
  8. Toyota Rush: 3,826 unit
  9. Mitsubishi Xpander (termasuk Xpander Cross): 3,582 unit
  10. Toyota Hilux: 3,217 unit

BACA >>> Honda Brio Paling Laris di Indonesia Sepanjang Januari 2023, Tewaskan Toyota Avanza!
BACA >>> Toyota Avanza, Veloz Jadi MPV Mampu Milik Terlaris Indonesia Sepanjang Januari 2023
BACA >>> Honda Brio Cipta Sejarah, Jadi Model Paling Laris di Indonesia Sepanjang 2020

SUMBER: Kompas

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Gabungan Industri Kendaraan Bermotor Indonesia (GAIKINDO), Honda Brio, Indonesia statistik 'jualan kenderaan, Roda4, Toyota Avanza

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev