• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu Civic Putih Terbabas di Genting Highlands Ada 11 Rekod Saman

Pemandu Civic Putih Terbabas di Genting Highlands Ada 11 Rekod Saman

April 17, 2023 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


POLIS sudah mengesan dan memanggil pemandu Honda Civic putih yang dirakam terbabas di satu laluan berselekoh di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini.

Insiden kemalangan tersebut dirakam kamera pemuka (dashcam) pemandu lain yang menunjukkan pemandu Civic itu, dipercayai model generasi kelapan, hilang kawalan dan terbabas ketika cuba memintas kereta lain.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Zahar berkata, kereta itu dipandu warga tempatan berumur 27 tahun.

Menurutnya, insiden berlaku pada Ahad lalu (16 April) kira-kira jam 7.25 pagi di KM14.6 Jalan Genting Highlands di Bentong, Pahang. Beliau berkata;

Hasil siasatan polis, berdasarkan rakaman tular, pemandu kereta dalam perjalanan dari Serdang, Selangor menuju ke Genting Highlands, Pahang."

"Apabila sampai di selekoh, pemandu tersebut memotong sebuah kenderaan lain lalu hilang kawalan dan terbabas sendiri di bahu kiri jalan."

"Pemandu tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya."

"Semakan ke atas kenderaan terbabit mendapati ia mempunyai 11 rekod saman."

Honda Civic Putih
Honda Civic Putih - 1

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Genting Highlands, Honda Civic Generasi 8, Honda Civic Terbabas Genting Highlands, Roda4, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev