• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

April 17, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada Januari tahun ini dan ditambah baik dengan suspensi adaptif pada Mac lalu.

Bagaimanapun, model pandu uji saya terima ini masih lagi dilengkapi suspensi M Sport yang sedikit keras. Hanya model dihasilkan pada Mac 2023 ke atas saja menerima suspensi adaptif lebih mahal dengan tambahan RM2,000.

Trenkuasa

Sedan ini dijana enjin 4-silinder 2.0L Turbo yang menghasilkan kuasa 256hp (258ps) @ 5,000rpm-6,500rpm dan tork 400Nm @ 1,550rpm-4,400rpm. Outpout ini lebih daripada cukup model ini menyusuri jalan raya Malaysia.

Dengan kotak gear automatik 8-kelajuan, dan kuasa disalurkan ke roda belakang, pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 5.8 saat, manakala kelajuan tertinggi 250kmj.

BMW 330i (2023) Segak dengan Kemasan M Sport

Luaran tampil segak dengan kit badan M Sport 2023 seperti set rim aloi jejari dua 18 inci dalam kemasan dwi-tona dengan tayar run-flat 225/45R18 di depan, dan 255/40R18 (belakang).

Lampu LED, gril tidak terlalu besar dan lekuk pada bonet  dengan bukaan gril sarang lebah (honeycomb) di depan memberikan profil yang ringkas, tetapi garang. Walaupun jarak roda panjang, tetapi rekaan anjur depan (overhang) pendek membuatkan model ini tampak seperti sedan tegap.

Ruang Dalaman BMW 330i Selesa, Tapi..

Bahagian kabin mendapat kemasan tona hitam dan aksen krom seperti papam pemuka dan ventilator penyaman udara.

Skrin melengkung besar menggabungkan kluster instrumen 12.3 inci  dan unit infotainmen 14.9 inci yang memuatkan Connected Package Professional untuk konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto mudah kawal.

Pada malam, kabin bertukar lebih menarik dengan lampu ambien boleh tukar pada papan pemuka dan panel pintu.

Bahagian paling menarik kereta ini ialah kerusi pemandu dengan ciri boleh laras elektrik dan tetapan memori. Lapik kerusi pemandu dan penumpang depan juga boleh dipanjangkan untuk mendapatkan ekstra sokongan pada peha.

Walaupun penumpang belakang turut diberikan ventilator penyaman udara, tetapi lantai ruang tengah sedikit tinggi. Ini membuatkan kurang selesa untuk penumpang yang duduk di tengah. Ruang kaki belakang juga agak sempit untuk mereka yang berketinggian 180sm, tetapi ruang lega kepala masih boleh diterima.

Pengalaman Memandu BMW 330i

Selepas memandu BMW 330i (2023) facelift ini, saya akui sedan ini lebih mementingkan keseronokan memandu berbanding teknologi dan kemewahan ditawarkan. Model ini jelas menumpukan kepada aspek pengendalian, kawalan stereng, sistem brek dan keseronokan memandu berbanding kuasa, teknologi dan kemewahan.

Sedan sport ini hadir dengan tiga mod berbeza, iaitu Sport, Comfort dan Eco Pro Individual. Menariknya, dengan mode Eco Pro saja pun prestasi diberikan sudah jauh mencukupi tanpa perlu menggunakan mod Sport. Minyak pun lebih jimat!

Dengan kawalan stereng mantap dengan kerusi semi-buket boleh laras, kerja membelok pada halaju tinggi nyata lebih mudah dan meyakinkan.

Ciri keselamatan aktif seperti Amaran Kekal Lorong (LKA), Amaran Tukar Lorong LDW), Amaran Pra-Perlanggaran Depan (PCW), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), dan Elak Perlanggaran Belakang (RCA) memang cukup membantu, tetapi tiada ciri bantuan parkir.

Mungkin ciri seperti itu sangat jarang digunakan. Jadi lebih baik digantikan dengan kamera undur 360º yang jauh lebih bermanfaat.

Walaupun model dipandu uji saya ini masih menggunakan suspensi M Sport dan bukan suspensi adaptif, tetapi prestasi diberikan sudah memadai untuk berdepan dengan jalan berlubang dan tidak rata.

Bagaimanapun, tahap kekerasan suspensi M Sport ini kadangkala menyakitkan hati penumpang belakang. Ini kerana gegaran diserap begitu terasa di belakang. Mujurlah tahap gegaran dan desibel bunyi yang menembus masuk kabin masih minimal. Dengan suspensi adaptif, saya anggap prestasi sedan ini semestinya jauh lebih baik!

Harga BMW 330i (2023)

Model saya pandu uji ini dilancarkan pada harga RM317,800, dengan pakej waranti lima tahun tanpa had perbatuan dan servis berjadual percuma. Jika mengambil opsyen suspensi adaptif M Sport, harga jualan ialah RM319,800.

BACA >>> BMW Malaysia Lancar Tiga Varian M Sport untuk 320i, 330i dan 330e, Harga Mula RM264k
BACA >>> BMW X7 xDrive40i Pure Excellence (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM654.8k!

BMW 330i-
BMW 330i-2
BMW 330i-3
BMW 330i-4
BMW 330i-5
BMW 330i-6
BMW 330i-7
BMW 330i-8
BMW 330i-9
BMW 330i-10
BMW 330i-11
BMW 330i-12
BMW 330i-13
BMW 330i-14
BMW 330i-15
BMW 330i-16
BMW 330i-17
BMW 330i-18
BMW 330i-19
BMW 330i-20
BMW 330i-21
BMW 330i-22
BMW 330i-23
BMW 330i-24
BMW 330i-25
BMW 330i-26

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Pandu Uji, Roda4 Tagged With: 2023, BMW 330i M Sport, BMW 330i M Sport (2023), BMW Malaysia, Pandu uji, Roda4, sedan sport

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev