HONDA Filipina memperkenalkan scrambler CL500 (2023) ke pasaran tempatan dalam dua warna pilihan Mat Laurel Green (hijau) dan Mat Gunpowder Black Metallic (hitam) pada harga 409,000 peso (RM32,510).
Pengenalan Honda CL500 (2023) itu dibuat serentak bersama dua model lain, Honda XL750 Transalp dan Honda Rebel 1100 di Pameran Motor Makina (2023), baru-baru ini.
Scrambler itu berkongsi enjin sama dengan Honda Rebel 500, iaitu dwi-silinder sebaris 471cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 46hp @ 8,500rpm, dan tork 43.4Nm @ 6,250rpm.
Kotak gear jenis manual 6-kelajuan dan dilengkapkan sistem klac antigelincir Assist & Slipper.
Selain enjin, Honda CL500 (2023) turut meminjam beberapa komponen Rebel seperti tangki minyak, lampu utama LED, lampu signal belok, lampu belakang dan panel meter.
Bagaimanapun, scramber ini mendapat sistem ekzos berbeza daripada Rebel dan diposisikan lebih tinggi berserta plat penebat haba ekzos.
Honda CL500 (2023) memiliki tinggi pelana 790mm termasuk pad tangki minyak dan pad lutut sebagai standard.
Frem utama juga sama seperti Rebel, tetapi menggunakan subfrem berbeza. Sistem suspensi dan bahagian roda ditala untuk karakter tunggangan sebuah scrambler.
Menggunakan fork terbalik (USD) 41mm dengan jarak travel 150mm di depan dan dwi-absorber dengan jarak travel 145mm di belakang jenis boleh laras prabeban 5-tetapan.
Tugas membrek digalas brek cakera tunggal 310mm dengan kaliper dwi-piston (depan), dan brek cakera 240mm dengan kaliper piston tunggal di belakang serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
Rim depan dan belakang berbeza. Saiz rim depan 19 inci dengan tayar 110/80, manakala rim belakang 17 inci dengan tayar 150/70, manakala berat motosikal 192kg.
BACA >>> Neo-Retro Honda CL500 (2023) Tiba di UK April ini, Harga RM31k
BACA >>> Honda Paten Sistem Pengesan Kemalangan, Boleh Kesan Penunggang Sedar Atau Tidak
BACA >>> Model Neo Retro Honda CL300 (2023) Lancar untuk Pasaran China, Guna Platform Rebel 300
SUMBER: TopGear |
Leave a Reply