PENGEDAR rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) meneruskan trend jualan memberangsangkan dengan menutup tahun kewangan 2022 (April 2022 - Mac 2023) dengan jualan 27 peratus lebih banyak berbanding tempoh sama tahun kewangan lalu.
Wakil pengeluar itu menjual 24,315 unit kenderaan dengan menguasai 3.2 peratus pasaran, sekali gus membolehkan jenama Mitsubishi mengekalkan tiga tempat teratas dalam ranking jualan automotif bukan nasional.
Ini juga sejarah pencapaian jualan tinggi MMM sejak penubuhan pada 2005.
Mitsubishi Xpander kekal sebagai kenderaan pelbagai guna (MPV) bukan nasional paling popular di Malaysia dengan pertumbuhan jualan 52.2 peratus berbanding tahun kewangan 2021 (April 2021 - Mac 2022).
MMM menjual 13,794 unit Mitsubishi Xpander yang menyumbang 57 peratus kepada keseluruhan jualan syarikat.
Trak pikap Mitsubishi Triton pula menjadi trak luar biasa dengan pertumbuhan jualan 12 peratus berbanding tahun kewangan sebelum, iaitu sebanyak 10,520 unit, sekali gus mengekalkan bahagian pasaran kukuh sebanyak 18 peratus. Triton juga menjadi jenama nombor dua kukuh dalam segmen trak pikap.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata, Mitsubishi Triton dan Xpander sudah menjadi pemangkin kepada pertumbuhan jualan pada tahun kewangan 2022.
Dalam menamatkan tahun kewangan berjaya, kami akan terus menumpukan kepada menambah baik pengalaman pembelian dan perkhidmatan pelanggan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dengan memastikan pengalaman lancar,” katanya.
Baru-baru ini, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) melancarkan model konsep Triton baharu, Mitsubishi XRT di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023 ke-44.
Ikeda berkata, bagi perlumbaan rali Asia Cross Rally 2023, padukan Mitsubishi Ralliart Team merancang bersaing dengan prototaip model rentas desa Triton serba baharu dalam usaha meraih kemenangan kedua berturut-turut.
Penyertaan kami dalam rali akan dicerminkan bukan saja pada model Triton baharu, tetapi juga merentasi rangkaian luas kenderaan Mitsubishi," katanya.
BACA >>> #BIMS2023: Mitsubishi XRT Concept Debut di Bangkok, Bayangan Triton Serba Baharu
BACA >>> Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
Leave a Reply