SEORANG pemandu lori ditahan polis Sabtu lalu selepas tular di media sosial aksinya membakar mercun di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berumur 35 tahun itu diberkas kira-kira jam 10 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Ampang Jaya.
Suspek dipercayai membakar mercun jenis cake (138) kerana diminta pelanggan premis milik rakannya. Aksi suspek itu dirakam sebelum dimuat naik dalam Facebook dan menjadi tular serta kemudian dikesan polis," katanya.
Menurutnya, suspek tiada sebarang rekod jenayah, dan ujian air kencing pula negatif.
Suspek direman empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, dan kes disiasat bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957," katanya.
BACA >>> Wheelie Punya Pasal, Mat Rempit Baju Sekolah Sonic Kena Tahan Polis Pendang
BACA >>> Polis Buru Mat Rempit Superbike Buat Wheelie di LATAR
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply