• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / PREVIU: Hyundai Sonata (2014)

PREVIU: Hyundai Sonata (2014)

December 11, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

P1250451SEBELUM melabuh tirai 2014, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan model sedan segmen-D terbaharunya, Hyundai Sonata generasi ketujuh ke pasaran tempatan.

Mengambil masa selama tiga tahun untuk dihasilkan, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Korea itu hadir dalam tiga varian; Elegance B, Elegance dan Executive. Ia masing-masing dijual pada harga RM143,163.30 bagi Elegance B, RM149,845.30 (Elegance) dan RM158,053.30 untuk varian Executive (atas jalan termasuk insurans).

REKAAN FLUIDIC SCULPTURE 2.0

Hyundai Sonata generasi ketujuh mula diperkenalkan di pasaran Korea pada awal tahun. Sonata hadir menerusi rekaan Fluidic Sculpture 2.0 dengan kejuruteraan moden menjadikan ia tampak sporty dan menarik.

Bukan saja tampak sporty, kehadiran garisan sisi membuatkan Sonata bersifat aerodinamik untuk membelah angin ketika beraksi di jalan raya.

P1250478P1250541    P1250504

P1250544    P1250538P1250463Berbanding generasi sebelumnya, Sonata terbaharu ini menerima pembaharuan yang dikategorikan kepada empat bahagian. Antaranya, kekuatan, kestabilan, keringkasan dan perincian.

Sokongan pada bahagian bawah kenderaan menerima rekaan terkini yang menyumbang kepada peningkatan prestasi suspensi dan ketegaran struktur yang lebih baik. Ia menghasilkan kekuatan torsi sebanyak 41 peratus dan kekuatan lenturan sehingga 35 peratus berbanding model lain.

Selain itu, sistem suspensi turut diperbaharui menerusi peningkatan tindak balas dan kestabilan stereng selain memandu serta membelok pada kelajuan tinggi.

FUTURISTIK

Memasuki perut kabin, ia tampak ringkas tetapi moden dengan kehadiran beberapa ciri pintar. Susunan butang-butang kawalan di ruangan papan pemuka turut memudahkan ia mudah dikendalikan.

Ruang dalaman Sonata baharu ini turut menerima peningkatan seperti kehadiran stereng yang direka semula untuk disesuaikan dengan susun atur optimum kereta untuk memberi fokus kepada pemandu.

P1250519P1250512    P1250522

P1250530  P1250509  P1250506  P1250533Konsol tengah juga diubah kepada gaya tradisional di mana maklumat penting kini dipaparkan lebih efektif dan mudah difahami.

Bagi ruangan hiburan, ia dilengkapi sistem multimedia yang sofistikated untuk memberikan hiburan berteknologi tinggi buat pemandu dan penumpang.

Varian Elegance dan Executive hadir dengan sistem Navigasi Audio Visual yang dikuasakan dengan sistem operasi Android 4.4.2 dan boleh diakses melalui panel paparan skrin sesentuh.

Ia juga boleh disambung kepada telefon pintar pada bila-bila masa untuk membolehkan penumpang melayari Internet,  selain menyokong sambungan USB, Bluetooth dan Micro SD card.

P1250492ENJIN NU

Aspek prestasi, enjin petrol NU 2.0L MPI menjadi nadi penggerak utama Sonata. Dengan bantuan kotak gear automatik 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa 152hp pada 6,200rpm dan tork puncak 194Nm (4,000rpm).

P1250536Bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang berbeza, Sonata disertakan tiga mod pemanduan iaitu Active Eco , Normal dan Sports. Setiap mod pemanduan adalah berbeza mengikut kondisi jalan dan kehendak pemandu itu sendiri.

Tidak melupakan aspek keselamatan, ia dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan seperti enam beg udara (varian Elegance dan Executive), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC) dan Kawalan Bantuan Pendaki (HAC).

JAMINAN 8 TAHUN

Buat pertama kali juga, Hyundai menawarkan program jaminan lapan tahun atau 300,000 perbatuan (mana tiba dulu). Program itu membabitkan jaminan pengeluar selama lima tahun pertama manakala enjin dan kotak gear akan mendapat perlindingan tambahan selama tiga tahun.

P1250475Pembeli juga diberikan keahlian percuma selama dua tahun untuk The Leader, khidmat “concierge” khas bagi pemilik model-model premium Hyundai. Ahli-ahli The Leader boleh menikmati kelebihan VIP seperti akses ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang terpilih di Malaysia dan  khidmat pemandu percuma untuk pergi ke atau pulang daripada KLIA, LCCT atau Subang Skypark.

Tidak ketinggalan, Hyundai Sonata genarasi ketujuh menawarkan enama pilihan warna menarik; Ice White, Platinum Silver, Polished Metal, Remington Red, Dark Horse dan Phantom Black.

P1250457SPESIFIKASI

HYUNDAI SONATA

ENJIN NU 2.0L MPI
TRANSMISI Automatik 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 152hp@6,200rpm
TORK MAKSIMUM 194Nm@4,000rpm
CIRI-CIRI 6 beg udara, ABS, ESC, HAC, bumbung panoramik dan sistem kunci pintar
HARGA RM138,888 (Elegance B) / RM1455,388 (Elegance) / RM153,388 (Executive)

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: HDSM, Hyundai Sonata Elegance, Hyundai Sonata Elegance B, Hyundai Sonata Executive, Hyundai Sonata Generasi Ketujuh Dilancarkan, NU 1.8L MPI, Sime Darby Motors, Sonata CBU Korea

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev