• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mantan CEO MARII Hadap Dakwaan Rasuah RM5j, 20 Pertuduhan Lain

Mantan CEO MARII Hadap Dakwaan Rasuah RM5j, 20 Pertuduhan Lain

April 14, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


MANTAN Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Datuk Mohamad Madani Sahari didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan rasuah bernilai RM5 juta, dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di depan Hakim Rozilah Salleh.

Mohamad Madani didakwa menerima suapan RM5 juta daripada seorang lelaki berusia 48 tahun melalui akaun bank milik sebuah firma guaman atas arahan lelaki lain berusia 37 tahun.

Suapan itu adalah sebagai upah \ membantu Syarikat Aspire Knowledge Sdn Bhd mendapatkan surat penganugerahan (LOA) berjumlah RM12 juta bagi tujuan menjalankan program penyedia perkhidmatan untuk MARii’s Employalibity And Re-Training Local Talent (ERT) daripada subsidiari MARii, A2Z Technology Sdn Bhd.

Kesalahan dilakukan di cawangan sebuah bank di Seksyen 15, Shah Alam pada 8 Julai 2021.

Dia didakwa di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta samam. Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000, mana satu lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, CH Law menawarkan jaminan RM300,000 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Peguam Rahmat Hazalan yang mewakili tertuduh pula tidak membantah perkara itu. Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 Jun tahun ini.

Difahamkan Mohamad Madani mempunyai 20 lagi pertuduhan di Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur berkaitan penyelewengan nilai projek MARii termasuk penggubahan wang haram.

BACA >>> MAA: Tiada Ahli Kami Dipanggil Dakwaan Kes Rasuah MARii
BACA >>> Mohd Shamsor Diumum Presiden Baharu MAA

SUMBER: Kosmo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Mohamad Madani Sahari, Hakim Rozilah Salleh, Madani, MARii, Rasuah, SPRM, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev