• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri Sasar Tiada Kerosakan LRT dalam Sejuta Kilometer Pertama Sebagai KPI

Menteri Sasar Tiada Kerosakan LRT dalam Sejuta Kilometer Pertama Sebagai KPI

April 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


KERAJAAN mensasarkan sejuta kilometer sebagai indeks prestasi utama (KPI) bagi menilai mutu perkhidmatan pengangkutan awam, terutama Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) dikendalikan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sasaran itu mengambil kira sejauh mana tren berkenaan mampu bergerak tanpa mengalami sebarang kerosakan atau gangguan teknikal.

Beliau berkata, sasaran ditetapkan itu membabitkan semua laluan tren dikendalikan Prasarana dan diharap dapat dicapai menjelang suku ketiga 2026.

Sasaran sejuta kilometer itu diletakkan, bermakna kita sasar kerosakan hanya berlaku selepas sejuta kilometer perjalanan bagi setiap tren.

Ketika ini kita mengalami satu situasi tidak begitu memuaskan iaitu untuk Laluan Kelana Jaya, di mana MKBF (kilometer purata antara kegagalan) kita adalah 150,000km iaitu kerosakan teknikal berlaku dalam kadar 150,000km perjalanan."

Angka itu tidak memuaskan dan mengambil masa untuk dicapai. Justeru sasaran tinggi diletakkan.

Menurutnya, sistem MKBF yang banyak diguna pakai negara lain akan menjadi ukuran penilaian Kementerian Pengangkutan (MOT) terhadap kemudahan pengangkutan dikendalikan Prasarana dan laporan akan didedahkan kepada umum bulan depan.

Menurutnya, bermula Mei, laporan itu akan didedahkan secara terbuka dan dilaporkan setiap bulan, manakala laporan lain akan dinyatakan secara terbuka setiap minggu dari segi penyelenggaraan fasiliti dan juga kondisai kemudahan pengangkutan tren.

Laporan ini biasa dilaporkan kepada MOT dalam mesyuarat pasca Kabinet setiap Rabu, tetapi saya sudah minta bukan saja kepada MOT tapi kepada umum, iaitu Prasarana kena kemas kini dalam Facebook mereka.

Ini pendekatan tak pernah dilaksanakan sebelum ini. Kita mahu ke arah perkhidmatan lebih telus. Kita akan laporkan setiap minggu semua laluan tren kita," katanya.

Sebelum ini, MOT menetapkan KPI kepada pengurusan Prasarana bagi menaik taraf sistem pengangkutan awam negara, dengan agensi itu diwajibkan membentangkan laporan setiap minggu membabitkan perkhidmatan tren, bas, lif dan eskalator yang sudah dibaiki dan alami kerosakan.

BACA >>> Tren LRT Laluan Kelana Jaya Tergendala Akibat Masalah Kabel Gagal Salur Elektrik
BACA >>> APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta

SUMBER: BHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke, Auto Terkini, Kelana Jaya Line, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), KPI, LRT, Menteri Pengangkutan Malaysia, MRT, Prasarana

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev