• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gentari, Lotus Malaysia Tandatangan Kerjasama Teroka Infrastruktur Pengecasan EV

Gentari, Lotus Malaysia Tandatangan Kerjasama Teroka Infrastruktur Pengecasan EV

April 13, 2023 By Sharil Leave a Comment

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


GENTARI Sdn Bhd (Gentari) melalui anak syarikat milik penuh Gentari Green Mobility Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Lotus Cars Malaysia (LCM), untuk meneroka kerjasama dalam penggunaan infrastruktur mobiliti hijau.

Majlis tandatangan MoU itu diadakan pada pelancaran Lotus Eletre (2023) di Kuala Lumpur hari ini dengan Gentari diwakili Ketua Pegawai Mobiliti Hijau, Shah Yang Razalli, manakala LCM sebagai pemegang francais tunggal kenderaan Lotus di Malaysia, diwakili Pengurus Besar, Tengku Ezan Ley.

Meliputi tempoh dua tahun, MoU itu bakal menyaksikan Gentari bekerjasama dengan LCM untuk meneroka kerjasama dalam infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) di kemudahan LCM, dan kawasan awam, termasuk pakej pengecasan EV untuk pemilik EV Lotus.

Kerjasama berpotensi lain disasarkan adalah penerokaan seperti pengenalan penyelesaian Flit Kenderaan Sifar Emisi di Malaysia, penggunaan tenaga boleh diperbaharui di fasiliti LCM dan platform digital dengan LCM.

Shah Yang berkata;

Hari ini, kami bekerjasama dengan Lotus Cars Malaysia untuk memudahkan pemandu kereta prestasi tinggi turut mengurangkan jejak karbon dengan setiap kilometer dilalui.

"Ini sebahagian tujuan kami dalam menyelesaikan keperluan tenaga mampan yang paling mendesak di dunia, untuk mengubah cara hidup kita hari ini, dalam menjamin masa depan lebih baik."

03_Lotus_Eletre_Yellow_Studio_F78
05_Lotus_Eletre_Yellow_Studio_High34R

Sementara itu, Tengku Ezan berkata, kerjasama itu membolehkan Gentari menyokong pelanggan EV Lotus dengan lebih baik bermula kenderaan utiliti sukan (SUV)L hiper elektrik, Lotus Eletre (2023).

Sejak diperkenalkan pada Jun 2022, Gentari mencapai kemajuan pesat dalam meluaskan rangkaian mobiliti hijau. Pada masa ini, Gentari melalui entiti gabungan sudah menggunakan lebih 150 poin pengecasan di 35 lokasi seluruh Malaysia dan lebih 160 poin pengecasan di India.

Dengan misi menjadi penyedia penyelesaian mobiliti hijau pilihan di Asia Pasifik, Gentari mensasarkan menguasai 10 peratus bahagian pasaran (kira-kira 25,000 poin pengecasan berdasarkan anggaran semasa) merentasi pasaran utama Asia Pasifik menjelang 2030.

Dalam jangka masa pertengahan tahun, Gentari mensasarkan memasang 9,000 stesen pengecas awam menjelang 2026 di Malaysia dan India.

BACA >>> #Bajet2023: Gentari Sedia 500 Stesen Cas Menjelang 2024, TNB Labur RM165j untuk Fasiliti EV
BACA >>> Hyper SUV Pertama Di Dunia, Lotus Eletre (2023) Kini Di Malaysia, Harga Mula RM578k!

Related

23
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 'LCM, Auto Terkini, gentari, Gentari Green Mobility Sdn Bhd, Gentari Sdn Bhd, Lotus, Lotus Cars Malaysia, Lotus Cars Malaysia (LCM), Lotus Eletre (2023)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev