• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gentari, JLG Jalin Kerjasama Bina Ekosistem Mesra Alam untuk Projek Rumah, Komersial

Gentari, JLG Jalin Kerjasama Bina Ekosistem Mesra Alam untuk Projek Rumah, Komersial

April 13, 2023 By Shawkath Leave a Comment

3
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JLand Group (JLG) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Gentari untuk membangunkan ekosistem mesra alam meliputi semua projek kediaman, komersial dan perindustrian JLG.

Ini membolehkan kedua-dua pihak menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung integrasi solusi tenaga boleh diperbaharui Gentari untuk aset dan taman perindustrian strategik di bawah JLG.

Gentari juga akan menyediakan kemudahan Kenderaan sebagai Perkhidmatan (VaaS) dalam bentuk perkhidmatan langganan kenderaan elektrik (EV) di pembangunan kediaman, komersial dan perindustrian JLG. Pelaksanaan ekosistem mobiliti hijau dalam projek yang dipilih JLG pula akan bermula pada suku ketiga tahun 2023.

Dokumen Mou itu ditandatangani Pengarah, Bahagian Hartanah dan Infrastruktur, JCorp yang juga Timbalan Pengerusi JLG, Datuk Akmal Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gentari, Sushil Purohit.

Akmal berkata;

Penggunaan meluas ekosistem mobiliti hijau dan tenaga boleh diperbaharui yang meliputi pembangunan utama kami seperti Menara JLand, Komtar JBCC, B5 Johor Street Market (Pasar Batu 5), Ibrahim International Business District (IIBD) dan Bandar Dato’ Onn (BDO).

"Ini memperlihatkan keupayaan dan potensi kerjasama ini untuk menjana nilai dengan mengambil kira bilangan pengguna akhir yang wujud seluruh entiti operasi kami."

Sebagai sebahagian pakatan, JLG dan Gentari akan meneroka potensi pembinaan hab pengecasan EV di Ibrahim Technopolis (IBTEC) dan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui di taman perindustrian JLG.

Sushil berkata;

Bersama JLand Group, kami dapat meneroka inisiatif secara serentak di bawah tunggak teras kami, iaitu Tenaga Boleh Diperbaharui, Hidrogen dan Mobiliti Hijau di seluruh rantaian nilai elektron dalam usaha mencapai matlamat karbon sifar.”

BACA >>> Gentari, Lotus Tandatangan MoU, Teroka Kerjasama Dalam Infrastruktur Pengecasan EV
BACA >>> #Bajet2023: Gentari Sedia 500 Stesen Cas Menjelang 2024, TNB Labur RM165j untuk Fasiliti EV

Related

3
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Akmal Ahmad, gentari, JLand Group (JLG), Kenderaan sebagai Perkhidmatan (VaaS), memorandum persefahaman (MoU), Roda4, Sushil Purohit

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev