PROTON Holdings (Proton) mahu mempercepat pengeluaran kenderaan elektrik (EV) menerusi pengenalan model tempatan pertama menjelang 2025.
Ini bermaksud Proton mahu memendekkan tempoh dua tahun daripada pelan perancangan asal EV iaitu 2027. Langkah itu adalah antara pendekatan Proton menyokong komitmen Kerajaan mengenai perkembangan EV di Malaysia.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton sedang mengenal pasti model yang sesuai dan memenuhi keperluan pelanggan tanpa berkompromi aspek harga mampu milik dan soal praktikal.
Beliau berkata;
EV menjadi antara tumpuan Proton. Justeru, kami sedang giat melaksanakan usaha untuk mempercepatkan pelancaran model EV Proton pertama seawal 2025.
"Kita sedang kenal pasti model supaya dapat ditawarkan pada harga mampu milik dan praktikal. Kedua-dua elemen ini penting untuk kereta EV Proton."
Roslan sebelum ini mendedahkan Proton ada dua model dengan trenkuasa pembakaran dalaman (ICE) yang boleh ditukar kepada EV.
Bagaimanapun, pengeluar itu perlu memahami pasaran, teknologi dan pelaburan sebelum memutuskan menjadi sebahagian pengeluar dalam industri baharu tersebut.
Beliau berkata, pelan hala tuju EV Proton bermula hampir sedekad lalu, tetapi gagal dilaksanakan selepas mengambil kira permintaan pasaran ketika itu.
Roslan berkata Proton perlu membuat perancangan rapi sebelum beralih kepada EV kerana perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk pengeluaran, pengedaran dan pemasaran.
Menurutnya, dari aspek ekonomi, apabila jualan kenderaan ICE Proton mencecah 150,000 unit setahun, ia cukup bagus untuk mempertimbang peralihan kepada EV.
BACA >>> Proton X90 Sudah Boleh Tengok Secara Langsung, Tempahan Turut Dibuka!
BACA >>> #TahukahAnda: Proton Satria Neo R3 Clubsport Ini Model Edisi Terhad yang Ada 25 Unit Sahaja
BACA >>> Perodua Tawar Pakej Auto Rahmah Kepada Pemilik Axia & Bezza, Hingga 15 April
SUMBER: BHarian
Leave a Reply