YAMAHA Motor India (YMI) meluaskan pilihan warna untuk sportbike YZF-R15 (2023) menerusi pengenalan skema warna baharu, Intensity White (putih) pada harga bermula 185,900 rupee (RM9,997).
Varian Intensity White berharga sama dengan skema warna Racing Blue (biru), dan lebih mahal daripada dua lagi pilihan warna, Metallic Red (merah) dan Dark Knight (hitam). Perbezaan harga adalah disebabkan kelainan ciri mengikut varian.
SENARAI HARGA R15 V4 (2023)
- Metallic Red - 180,900 (RM9,730)
- Dark Knight - 181,900 (RM9,780)
- Racing Blue - 185,900 (RM9,997)
- Intensity White - 185,900 (RM9,997)
Model serba putih itu didatangkan dengan grafik kelabu dan rim aloi jingga. Fork depan pula berwarna emas, sama seperti semua varian R15 sedia ada.
Selain perubahan warna, varian Yamaha YZF-R15 V4 warna baharu ini didatangkan dengan ciri Quickshifter sebagai standard. Sebelum ini, Quickshifter hanya ditawarkan untuk model Yamaha R15M, R15 versi MotoGP dan R15 Racing Blue.
Sportbike aras mula itu dijana enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 155cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api (FI) dan injap variabel VVA yang menghasilkan kuasa 18.14hp @10,000rpm dan tork 14.2Nm @ 7,500rpm.
Model ini turut dilengkapi transmisi klac manual 6-kelajuan dengan teknologi Sistem Klac Anti-Gelincir (Assist & Slipper).
Aspek mekanikal sama seperti model semasa, termasuk komponen fork terbalik (USD), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), sistem lampu LED dan konektiviti telefon pintar Y-Connect.
BACA >>> Yamaha R15M (2023) India Dapat Panel Meter Baru, Lampu Signal Belok LED, Harga RM10.3k!
BACA >>> Yamaha R15 Connected (2023) Tambah Warna Baharu di Indonesia, Harga RM11.2k
BACA >>> Kit Aero Gaya MotoGP untuk Yamaha R15 V3, Siap Winglet!
BACA >>> #BikinMotor: Yamaha R15 V3 dengan Kit Badan R1M
SUMBER: Yamaha Motor India
Leave a Reply