• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lebuhraya DUKE Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

Lebuhraya DUKE Bakal Laksana Sistem Pembayaran Tol Terbuka

April 12, 2023 By Sharil Leave a Comment

FacebookTwitter


LEBUHRAYA Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) menjadi syarikat konsesi lebuh raya terkini yang bakal melaksanakan sistem pembayaran terbuka di plaza tol lebuh raya kendaliannya.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, persetujuan yang dicapai hasil perbincangan antara Kementerian Kerja Raya dan DUKE menjadikan keseluruhan jumlah lebuh raya terlibat dalam pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka kepada 12 lebuh raya yang dijangka bermula September tahun ini.

Menurutnya, senarai lebuh raya terlibat ialah:

  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Baru Pantai
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Jambatan Pulau Pinang
  • Lebuhraya Butterworth–Kulim
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Skim Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)

Alexander berkata, Lebuhraya DUKE juga dipilih sebagai lokasi kedua pelaksanaan pembuktian konsep (Proof of Concept, POC) selepas Lebuhraya Sungai Besi bagi menilai sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) sebelum dilaksanakan di semua lebuh raya dalam negara.

Seperti diketahui umum, pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka ini adalah persediaan awal peralihan ke arah MLFF sebelum dilaksanakan sepenuhnya secara berfasa selewat-lewatnya suku ketiga 2024.

Usaha ini diharap dapat memberikan peluang kepada Kerajaan, syarikat konsesi dan pihak terlibat untuk mengenal pasti serta menyelesaikan segala isu yang dapat merencatkan kelancaran pelaksanaan MLFF kelak," katanya.

Menurutnya, ketika ini pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka, POC dan MLFF masih mengikut jadual dan Kementerian sedang berusaha memastikan semua perancangan dapat dijayakan lancar.

Saya memohon kerjasama semua pihak supaya dapat bersabar dan memberikan sedikit masa kepada pasukan Kementerian yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini, sekali gus memastikan transisi MLFF dapat dilaksanakan," katanya.

BACA >>> Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
BACA >>> Sistem Bayaran Tol Terbuka MLFF Mungkin Laksana Sebelum 2025

SUMBER: Bernama

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF), Duke, Duta Ulu Klang Express, Lebuh Raya, Lebuhraya Duke, Pembayaran Tol Terbuka

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev