• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz Lancar Kad Kredit dengan Kerjasama Maybank, Pertama dalam Automotif Malaysia!

Mercedes-Benz Lancar Kad Kredit dengan Kerjasama Maybank, Pertama dalam Automotif Malaysia!

April 7, 2023 By Sharil Leave a Comment

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz Financial memperkenalkan kad kredit pertama dalam industri automotif seluruh negara hasil perkongsian eksklusif bersama Maybank.

Sebagai sebahagian perkongsian itu, Visa akan menjadi rangkaian pembayaran eksklusif untuk tawaran baharu tersebut. Kad kredit logam hitam berjenama Mercedes-Benz itu tertera imej logo besar dikelilingi corak gril Mercedes-Benz GLC 300 4Matic (2023).

Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia, Anamika Talwar berkata, kad kredit Mercedes-Benz itu direka untuk memperkaya pengalaman pemegang kad yang juga peminat gaya hidup.

Pelanggan kami kini boleh memiliki bintang bucu 3 berharga yang bukan saja di garaj, tetapi juga dalam dompet," katanya.

Naib Presiden Eksekutif Kanan Maybank dan Ketua, Kad, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Kumpulan, B Ravintharan berkata;

Selaras misi Bank Memanusiakan Perkhidmatan Kewangan, kami sentiasa melihat peluang baharu dalam trend gaya hidup yang baru muncul untuk menambah baik tawaran pelanggan yang sesuai dengan keperluan dan cara hidup semasa."

MANFAAT KAD KREDIT MERCEDES-BENZ

Pelanggan dapat mengumpul mata ganjaran bagi pembelian terpilih di mana-mana Mercedes-Benz Autohaus seluruh negara apabila menggunakan kad kredit Mercedes-Benz.

Pemegang Kad berhak mendapat diskaun 10 peratus* untuk alat ganti Mercedes-Benz, barangan rasmi dan aksesori selain mengumpul 10x TreatsPoints* bagi setiap RM1 yang dibelanjakan.

Kad kredit itu juga menawarkan diskaun hingga 8 peratus* untuk Program Waranti Lanjutan Terhad Mercedes-Benz komprehensif dan diskaun hingga 20 peratus* MobilityPlus, program penggantian kereta Mercedes-Benz.

Selain tawaran eksklusif, pemegang kad juga boleh menikmati ganjaran menarik lain seperti 3 peratus pulangan tunai (cashback)  untuk perbelanjaan petrol (terhad RM50 sebulan), keahlian Accor Plus Explorer* percuma, diskaun makan hingga 40 peratus* di Hotel Marriott Bonvoy, yuran hijau percuma* di 100 padang golf seluruh dunia dan banyak lagi.

Pemohon kad Mercedes-Benz yang berjaya akan menikmati pengecualian yuran tahunan dua tahun, manakala yuran tahunan tahun berikutnya akan diketepi dengan perbelanjaan kad terkumpul RM80,000 setahun.

Permohonan terbuka kepada semua yang berpendapatan tahunan minimum RM100,000. Pelanggan berminat boleh memohon kad logam tempahan khas itu di semua pengedar Mercedes-Benz seluruh negara atau layari www.mercedes-benz.com.my/mercedescard untuk maklumat lanjut.

* Tertakluk kepada terma dan syarat.

BACA >>> Mercedes-Benz GLC 300 4Matic (2023) Serba Baharu Lancar Di Malaysia, Harga RM429,888!
BACA >>> Skrin Infotainment Mercedes-Benz E-Class (2024) Boleh Layan TikTok, dan Mesyuarat Maya

Related

53
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kad Kredit, Kad Kredit Logam Hitam, Kad Kredit Mercedes-Benz, kad logam, Maybank, Mercedes-benz

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my