• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Volvo Buka Pusat Baik Pulih Terbesar, Termoden Malaysia di Juru

Volvo Buka Pusat Baik Pulih Terbesar, Termoden Malaysia di Juru

April 7, 2023 By Shawkath Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLVO Car Malaysia (VCM) mengumumkan pembukaan premis baik pulih terbesar di Malaysia yang dilengkapi sistem paling moden, termaju dan menggunakan teknologi hijau di Juru, Pulau Pinang.

Premis dipanggil Pusat Baik Pulih Kenderaan Rosak Volvo (Volvo Car Damage Repair Centre) itu memiliki ciri menarik seperti:

  • Juru (Pulau Pinang) menjadi lokasi pilihan kerana terletak dekat lebuh raya utama negara yang beralamat di Lot 829, Jalan Saga Jaya 3, Taman Perindustrian Saga Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang.
  • Memiliki keluasan 40,000 kaki persegi dan menggunakan teknologi terkini dan juruteknik mahir.
  • Mampu mengendalikan jumlah tinggi kerja baik pulih kenderaan Volvo.
  • Rekabentuk Pusat Servis bercirikan moden dan praktikal, serta memiliki nilai estetik Skandinavia.
Volvo Damage Repair Centre Juru - 4
Volvo Damage Repair Centre Juru - 7

TEKNOLOGI MODEN

Antaranya adalah sistem pemeriksaan dan baik pulih termaju, Car-O-Liner dan PIVAB.

Car-O-Liner

Sistem penjajaran badan dan casis membantu juruteknik mengesan semua kerosakan, termasuk yang mungkin tidak dapat dilihat mata kasar.

Car-O-Liner membolehkan casis badan kereta yang rosak dijajarkan semula mengikut standard kilang dengan tepat, pantas dan selamat.

Volvo Damage Repair Centre Juru - 6
Volvo Damage Repair Centre Juru - 9

PIVAB

Ia sebenarnya ruang cat khas terdiri, daripada bilik adunan dan semburan PIVAB. Bilik cat PIVAB menyediakan persekitaran terkawal untuk juruteknik mengadun cat dengan tepat dan konsisten.

Ruang semburan PIVAB pula membantu menyingkirkan wasap dan partikel dari udara untuk ruang kerja lebih selamat untuk juruteknik.

Kedua-dua teknologi mengurangkan kesan ke atas alam sekitar, dan pada masa sama memastikan kualiti cat terbaik untuk kereta pelanggan. Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata;

Pembukaan pusat servis khas terbaharu dan terbesar di Juru menandakan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan selepas jualan yang terunggul kepada pelanggan.

"Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan dan hanya dalam  jangka masa setahun, kami sudah membuka tiga pusat servis khas yang diharap akan dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa mereka tetap terjaga dengan penjagaan standard antarabangsa Volvo."

BACA >>> Volvo C40 Recharge Pure Electric (2023) Versi CKD Kini di Malaysia, Harga RM288k!
BACA >>> Volvo Guna Radar untuk Kesan Kanak-Kanak Tertinggal dalam Kereta
BACA >>> Canggih, Volvo Cars Uji Stesen Cas Kereta Elektrik Wayarles!

Volvo Damage Repair Centre Juru - 5
Volvo Damage Repair Centre Juru - 4
Volvo Damage Repair Centre Juru - 6
Volvo Damage Repair Centre Juru - 7
Volvo Damage Repair Centre Juru - 8
Volvo Damage Repair Centre Juru - 9
Volvo Damage Repair Centre Juru - 3
Volvo Damage Repair Centre Juru - 2
Volvo Damage Repair Centre Juru - 1
Volvo Damage Repair Centre Juru - 0

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Charles Frump, PIVAB Volvo, Pusat Baik Pulih Kenderaan Rosak Volvo, Roda4, Volvo Car Damage Repair Centre, Volvo Car Malaysia, Volvo Car-O-Liner

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev