• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nak Elak Sesak Gua Musang Kena Guna LPT, Lebuhraya Timur Barat

Nak Elak Sesak Gua Musang Kena Guna LPT, Lebuhraya Timur Barat

April 7, 2023 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


WARGA Kelantan yang mahu pulang sempena Aidilfitri ini dinasihatkan menggunakan laluan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) atau Lebuh Raya Timur Barat sebagai jalan alternatif mengelak kesesakan yang dijangka berlaku di laluan Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya berikutan cuti hujung minggu dan cuti tambahan sesi persekolahan.

lebuhraya-pantai-timur-lpt-logo
lebuhraya-pantai-timur-lpt

Menurutnya, jika anak perantau menggunakan kedua-dua laluan yang boleh diakses melalui Terengganu dan Perak itu, situasi kesesakan lalu lintas di Gua Musang akan terkawal.

Saya tak mampu nak menjangka berapa banyak kenderaan akan masuk, tetapi pastinya Aidilfitri kali ini lebih ramai akan balik ke Kelantan,” katanya.

Muhamad Zaki berkata lagi, susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sedang meneliti dua jalan alternatif dari Kuala Lumpur-Kota Bharu-Kuala Lumpur sebagai usaha mencari kaedah mengurangkan kesesakan trafik.

Saya sudah minta Ketua Polis Daerah dan Bahagian Trafik IPD Gua Musang mencari kaedah serta laluan alternatif lain untuk melicinkan perjalanan pengguna jalan raya.

“Kemungkinan ada jalan alternatif yang orang dari luar tak tahu, tetapi orang tempatan tahu supaya dapat melancarkan lagi perjalanan,” katanya.

Muhamad Zaki turut berharap pengguna jalan raya bersabar dengan kerja pembinaan yang sedang dijalankan kini.

“Untuk mendapatkan kemudahan yang selesa memerlukan sedikit pengorbanan,” katanya.

BACA >>> Seram!!! Video Penampakan Lembaga Putih di Tepi Jalan Gua Musang
BACA >>> Misteri Selesai!!! 'Tayar Hantu' Bergolek di LPT1 Rupanya Milik SUV Peronda Polis

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Balik Kampung, Balik Raya, Cuti Raya, Jalan Gua Musang, Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Lebuhraya Timur Barat

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev