• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Peugeot 208 & 2008 Puretech Mampu Gerak 1,000km dengan 1 Tangki Penuh - Biar Betul?

Peugeot 208 & 2008 Puretech Mampu Gerak 1,000km dengan 1 Tangki Penuh - Biar Betul?

March 10, 2017 By Abang GYL 1 Comment

599
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


WOW, biar betul Peugeot 208 Puretech dan Peugeot 2008 Puretech mampu bergerak lebih 1,000km hanya dengan setangki isian penuh petrol? Bagi anda yang masih tidak percaya, itulah kuasa 'ajaib' teknologi Puretech yang dibuktikan menerusi kedua-dua model dengan label teknologi baharu itu.

Segalanya terbukti apabila teknologi Puretech meraih anugerah Enjin Antarabangsa Terbaik Tahunan pada 2015 dan 2016. Menurut Peugeot, Puretech ialah teknologi yang memberikan kuasa dan prestasi seperti enjin besar dengan kecekapan seperti enjin kecil.

ENJIN 3-SILINDER

peugeot-2008-puretech-2017-eksterior-4
enjin-puretech-peugeot
puretech

Rasionalnya apabila menyebut tentang enjin 3-silinder, model pertama yang terlintas dalam fikiran sudah tentulah kelibat model-model mini Perodua seperti Kancil, Viva dan Axia dengan kuasa berlegar sekitar 30-60hp.

Pembuatan casis model 3-silinder juga lebih ringan, manakala kualiti pengendalian berada pada tahap sederhana atau biasa-biasa saja. Apa tidaknya, enjin 3-silinder memang sinonim dengan kereta-kereta berstatus bajet.

Namun, kelebihan utama enjin 3-silinder adalah aspek penjimatan bahan api. Itu memang tidak perlu dipertikaikan  lagi. Logiknya mudah, enjin 3-silinder lebih kecil dan ringan dengan proses pembakaran bahan api yang minimum.

Namun, apabila Peugeot pada Januari lalu memperkenal dua model baharu di Malaysia yang didatangkan dengan enjin PureTech 3-silinder, sudah tentu debut itu sesuatu yang mengejutkan.

BACA >>> Peugeot 208 dan 2008 Puretech - Penanda Aras Enjin Petrol Paling Jimat Kini Bermula

Peugeot Advertising CampaignENJIN KECIL TAPI BERKUASA

Peugeot 208 dan 2008 menggunakan jenis enjin sama berkapasiti 1.2L, 3-silinder sebaris dengan pengecaj turbo. Uniknya, kedua-dua model itu mampu memberikan input enjin yang sama dari segi kuasa (110hp) dan tork (205Nm) walaupun segmen berbeza antara hatchback dan SUV.

Paling mengagumkan, aspek kecekapan bahan api yang mampu menggerakkan kereta ini mencapai jarak perbatuan melebihi 1,000km untuk isian penuh petrol ke dalam tangki berkapasiti 50L. Sebagai makluman, jumlah liter itu  yang ialah kapasiti tangki standard bagi model pesaing lain dalam segmen sama.

Ini bukan trik kerana ada sesetengah kereta mampu pergi jauh bukanlah kerana teknologi penjimatan dimiliki, tetapi kerana kapasiti tangki minyak yang besar. Tetapi tidak bagi Peugeot menerusi teknologi Puretech.

Jadi, memang layaklah enjin PureTech ini mendapat anugerah enjin terbaik seperti diuar-uarkan. Malah, kami tidak ragu-ragu meletakkan Peugeot menerusi teknologi PureTech sebagai pengeluar pertama yang menjadi penanda aras di Malaysia sebagai model petrol paling menjimatkan, berprestasi dan seronok dipandu.

GALERI

enjin-puretech-peugeot
peugeot-208-2017-3
peugeot-2008-puretech-2017-eksterior-4
puretech
peugeot-208-puretech-2017-interior-2
peugeot-208-2017-6
peugeot-2008-suv-2017-2
peugeot-208-2017-2
peugeot-208-puretech-2017-safety
peugeot-2008-puretech-2017-eksterior-3
enjin-puretech-peugeot-2
peugeot-puretech-208-dan-2008
peugeot-208-2017-4
peugeot-208-puretech-2017-interior-4
peugeot-208-2017-1
peugeot-208-puretech-2017-interior-3
peugeot-208-2017-5
peugeot-208-puretech-2017-interior-1
peugeot-2008-puretech-2017-interior-2
peugeot-2008-puretech-2017-eksterior-2
2017-peugeot-2008-puretech-1
peugeot-2008-puretech-2017-eksterior-1
peugeot-2008-puretech-2017-interior-1
peugeot-208-puretech-2017-safety-2

Related

599
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, enjin 3-silinder, Peugeot, Peugeot 2008 Puretech, Peugeot 208 Puretech, Puretech, puretech jimat minyak, Roda4, teknologi Puretech

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev