• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu Kerusi Berbunyi: Honda AS Panggil Balik Civic Type R Sebab Boleh Tercabut

Isu Kerusi Berbunyi: Honda AS Panggil Balik Civic Type R Sebab Boleh Tercabut

April 5, 2023 By Sharil Leave a Comment

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA pemilik Honda Civic Type R (FL5) di Amerika Syarikat (AS) mengadu kerusi buket merah pada kereta baharu mereka mengeluarkan bunyi tidak menyenangkan.

Rupanya bunyi itu bukan sekadar bunyi, tetapi membawa kepada petanda risiko keselamatan.

Isu bunyi dilaporkan berpunca daripada binaan kerangka atau bahagian yang menghubungkan kerusi buket dengan lantai kereta.

Justeru, Honda AS memanggil balik (recall) beberapa unit Honda Civic Type R kerana terdapat kimpalan tidak betul yang dikesan pada bahagian tempat duduk.

Menurut pengeluar itu, kimpalan tidak betul ini berisiko menyebabkan kerusi tertanggal dari pelekap jika berlaku kemalangan.

Buat masa ini pengedar Honda seluruh AS bertindak menghentikan jualan Honda Civic Type R buat sementara waktu dalam usaha menyelesaikan isu tarik balik beberapa unit model prestasi tersebut.

Isu panggil balik model Type R bukan isu baru buat Honda kerana pernah menjadi antara jenama yang terkesan teruk akibat  insiden beg udara Takata yang melibatkan jutaan unit seluruh dunia.

BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Lancar di Indonesia, Harga RM411k
BACA >>> Honda Civic Type R (2023) Habis Tempah Tidak Sampai 24 Jam

SUMBER: AutoIndustriya

Related

73
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 2023, Amerika Syarikat, AS, Curi Honda Civic Type R, FL5, Honda AS, Panggil Balik, PanggilBalik, Recall, US

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my