• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Motosikal Elektrik Neo-Retro Leonart Rigger Dilancarkan, Harga RM26.3k!

Motosikal Elektrik Neo-Retro Leonart Rigger Dilancarkan, Harga RM26.3k!

April 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR dua roda dari Sepanyol, Leonart melancarkan motosikal elektrik neo-retro, Rigger (2023) yang kini boleh ditempah secara prapesanan.

Ini bukan motosikal pertama Leonart, tapi ini model terbaharu menggunakan bateri elektrik yang menjadi pilihan utama banyak pengeluar kecil motosikal ketika ini.

Leonart Rigger (2023) menampilkan gaya neo-retro yang hampir sinonim dengan motosikal elektrik kontemporari dihasilkan pengeluar kecil.

Leonart Rigger (2023) dipasangkan rim aloi lima jejari 18 inci di hadapan, dan 17 inci di belakang yang dipautkan pada swingarm sebelah serta bersambung pada frem keluli melalui monoshock boleh laras.

Di depan, sistem suspensi menggunakan fork terbalik (USD). Fasia depan mengetengahkan lampu bulat tunggal, manakala panel meter jenis digital dengan paparan minimalis.

Aspek prestasi Leonart Rigger (2023) menghasilkan output maksimum 4.5kW (6hp) daripada motor elektrik dengan kelajuan maksimum 102kmj.

Bateri mempunyai kapasiti 4.3kWj untuk jarak perjalanan maksimum hingga 150km pada halaju 50kmj.

Justeru jika menunggang lebih laju, jarak perjalangan akan jadi lebih pendek. Misalnya, ditunggang 70kmj, bateri motosikal ini mampu bertahan sejauh 100km, manakala kelajuan 100kmj sejauh 70km.

Produk Leonart kini hanya dipasarkan di Sepanyol, Perancis, Jerman, Portugal dan Jepun. Leonart Rigger (2023) kini dibuka tempahan pada harga €5,499 (RM26,480).

BACA >>> Yamaha YZF-R25 Elektrik Boleh Imbang Sendiri Hampiri Pengeluaran
BACA >>> Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas

leonart rigger 2023-
Leonart Rigger 2023-1
Leonart Rigger 2023-2
Leonart Rigger 2023-4
Leonart Rigger 2023-5
Leonart Rigger-3
Leonart Rigger-6

SUMBER: VisorDown

Related

51
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EV, Leonart Rigger, motosikal elektrik, neo retro, Sepanyol, Spain

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev