• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kereta Sewa Raya Laris Sejak Awal Ramadan, Alza dan Exora Paling Laku!

Kereta Sewa Raya Laris Sejak Awal Ramadan, Alza dan Exora Paling Laku!

April 4, 2023 By Sharil Leave a Comment

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN saja baju raya, tempahan kereta sewa juga laris bak pisang goreng panas sepanjang Ramadan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Qaiser Auto Mall, Mohd Fauzi Che Roas berkata, kereta sewa sempena Raya sudah penuh ditempah sejak awal Ramadan lalu.

Perodua Alza H 2022 - 1
proton-exora-1

Menurutnya, kenderaan pelbagai guna (MPV) mendapat permintaan tinggi kerana kebanyakan pelanggan memiliki ahli keluarga ramai selain mementingkan keselesaan ketika perjalanan jauh.

Hari pertama Ramadan (23 Mac), pelanggan sudah mula buat tempahan (kereta sewa) untuk pulang ke kampung. Kereta paling 'laku' ialah Perodua Alza dan Proton Exora.

Mohd Fauzi berkata, model kompak seperti Perodua Myvi juga mendapat permintaan, terutama golongan pelajar, dan ada penyewa menjadikan ia sebagai 'kereta kongsi' (car pool) yang disewa beramai-ramai bersama rakan sekampung untuk berjimat.

Namun juga ada pelanggan sanggup berbelanja hingga RM1,300 sehari dengan menyewa model mewah seperti Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Hyundai Starex untuk dibawa pulang ke kampung.

Kalau bukan musim perayaan, harga (sewaan) kereta mewah antara RM850 hingga RM950 sehari, tetapi pada musim raya harga boleh cecah hingga RM1,000 hingga RM1,300 sehari," kata Fauzi.

Walaupun harga sewaan mencecah ribuan ringgit ketika musim perayaan, masih ramai yang sanggup menyewa kenderaan tersebut hingga lima hari.

Kadang-kadang ahli keluarga tak ramai tetapi sebab nak 'show off' pada orang kampung, mereka sanggup berhabis duit," katanya.

Mohd Fauzi turut mengakui kebanyakan pengusaha kereta sewa akan menaikkan kadar sewaan pada musim perayaan, tetapi pada tahap munasabah kerana mengambil kira faktor seperti pembiayaan insurans dan kos penyelenggaraan.

Bagi menghargai pelanggan, kami akan penuhkan tangki minyak kenderaan sebelum serahkan kepada mereka dua hari sebelum Aidilfitri selain beri sumbangan duit raya," katanya.

BACA >>> Bukan Lamborghini Sewa, Tapi Kereta Pelanggan?
BACA >>> Berang Hilang Alphard Guna Aplikasi Trevo, Daftar Pakai Spek Hitam Pun Boleh Sewa

SUMBER: SinarHarian

Related

162
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kereta raya, Kereta Sewa, Kereta Sewa Aidilfitri, MPV, perayaan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev