• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman

Suzuki Jepun Dedah Spesifikasi e-Burgman

March 30, 2023 By Aryon Leave a Comment

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Jepun memperkenalkan skuter elektrik e-Burgman yang tampil mirip dengan versi petrol daripada sosok badan gaya maksi dan rupa depan sporty.

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dengan dwi-absorber di belakang, manakala sistem brek jenis brek cakera di depan dan brek dram di belakanng, sama seperti versi petrol.

BACA >>> Suzuki Debut Skuter Mewah Burgman Street 125EX (2023) di Intermot
BACA >>> Suzuki Burgman 400 (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM46k!

Bagaimanapun, agihan berat terpaksa diubah kerana ada tambahan motor elektrik dan bateri,

Suzuki e-Burgman mampu menghasilkan output 4.0kW dan tork 18Nm daripada gabungan motor dan bateri litium-ion boleh ganti dengan jarak perjalanan 44km jika ditunggang pada halaju 60kmj.

Walaupun berjarak dekat, tetapi skuter itu masih dalam fasa ujian di laman sendiri. Suzuki juga merancang membina stesen cas menerusi perkongsian dengan Gachao dan menilai kemungkinan mewujudkan stesen tukar di seluruh Jepun.

Skuter elektrik ini memiliki berat 147kg dan tinggi pelana 780mm. Walaupun masih dalam fasa ujian, tetapi perkembangan permbangunan adalah sangat menggalakkan.

BACA >>> UK Perkenal Suzuki Swace (2023), Wagon daripada Toyota Corolla Touring, Harga Mula RM155k
BACA >>> Suzuki Gixxer SF 250 (2023) Kini Boleh Sambung Telefon Pintar, Harga RM10.5k!

SUMBER: BikeWale

Related

123
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: e-Skuter, roda2, skuter elektrik, Suzuki e-Burgman, Suzuki Jepun

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev