• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / VPCM Lancar Volkswagen Golf GTI (2023) Versi Kemas Kini, Harga RM245k!

VPCM Lancar Volkswagen Golf GTI (2023) Versi Kemas Kini, Harga RM245k!

March 29, 2023 By Sharil Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan Volkswagen Golf GTI (2023) versi dipertingkat dengan mengemas kini luaran, dalaman dan keselamatan pada harga RM244,990.

Setiap pembelian didatangkan dengan servis percuma tiga tahun, dan waranti tanpa had perbatuan, termasuk bantuan tepi jalan lima tahun.

Volkswagen Golf GTI (2023) dilengkapi IQ.Drive, iaitu Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) inovatif yang terdiri daripada Bantuan Travel (TA) dan Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) yang menggunakan radar, dan pelbagai sensor untuk mengesan kenderaan depan.

Juga dilengkapkan Bantuan Sisi (SA) yang berfungsi sebagai Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) yang memberi amaran kepada pemandu mengenai risiko bahaya ketika mengundur.

Volkswagen Golf GTI (2023) turut menerima Bantuan Depan (FA), menerusi ciri Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan sensor radar yang disepadukan pada depan kenderaan untuk memantau jarak kenderaan depan, termasuk mengenal pasti kehadiran pejalan kaki dan penunggang basikal melintas jalan.

Jika terkeluar lorong, Bantuan Lorong (LA) berfungsi automatik dengan menarik semula stereng kembali ke lorong betul.

Malah ada juga ciri Panduan Lorong Adaptif (Adaptive Lane Guidance, ALG) yang berfungsi memastikan kenderaan kekal berada di tengah lorong jalan apabila sistem mula memahami paten pemanduan pemandu.

Selain itu, Volkswagen Golf GTI juga dilengkapi pelbagai ciri baharu seperti lampu kabus, cermin sisi boleh laras dengan ciri pemanas dan tambahan beg udara hingga tujuh unit.

Volkswagen Golf GTI (2023) menggunakan enjin enjin turbo 2.0L TSI berkuasa 245PS dan tork 370Nm yang menjanjikan pengalaman pemanduan mengujakan dan sukar dilupakan.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu:

“Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan pengalaman pemilik terbaik kepada para pelanggan. Ciri keselamatan baharu pada Golf GTI terkini merupakan satu lagi bukti komitmen kami untuk menawarkan tahap keselamatan serta prestasi kepada para pemilik.”

BACA >>> Volkswagen Mk7 e-Golf Tewaskan Ferrari 296 GTB dalam Aksi Lumba Guna Mod EV
BACA >>> #TahukahAnda: VW Pernah Hasilkan Volkswagen Golf GTI dengan Enjin Bentley, 641hp!

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: ADAS, Facelift, Golf GTI 2023, IQ. Drive, Volkswagen Passenger Car Malaysia (VPCM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev