• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Proton Previu X90 kepada Media Malaysia! Enjin MHEV, 4 Varian, Pilihan 6 dan 7-Kerusi

Proton Previu X90 kepada Media Malaysia! Enjin MHEV, 4 Varian, Pilihan 6 dan 7-Kerusi

March 28, 2023 By Han Othman Leave a Comment

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON hari ini mendedahkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Proton X90 kepada kumpulan media tempatan bertempat di studio rekabentuk pengeluar itu di Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, hari ini.

Selain menjadi SUV ketiga dalam siri-X, Proton X90 juga ialah SUV 6- dan 7-kerusi pertama, serta Kenderaan Tenaga Baru (NEV) pertama Proton yang menandakan pembabitan pengeluar nasional itu dalam mobiliti hijau.

Dipasang di Kilang Proton Tanjung Malim bersama Proton X50 dan Proton X70, Proton X90 juga menjadi
bukti komitmen pengeluar tersebut dalam menyokong industri automotif tempatan menerusi pengenalan teknologi baharu
kepada ekosistem.

RINGKASAN PROTON X90

  • Ditawarkan dalam empat varian: Standard, Executive, Premium, dan Flagship.
  • SUV pertama Proton dijana enjin hibrid ringan (MHEV) untuk semua varian!
  • Ditawarkan dalam pilihan 6-kerusi dengan konfigurasi 2-2-2 (kerusi individu di tempat duduk baris kedua) dan 7-kerusi (2-3-2).
  •  Menampilkan siluet maskular bagi menonjolkan evolusi baharu ke arah identiti reka bentuk premium.
  • Busur Ethereal Bow direka semula yang mengalir antara lampu depan bagi menyerlahkan aura premium baharu untuk penampilan yang kuat dan harmoni.
  • Rekaan gril juga menakjubkan dengan bentuk berlian yang mengambil ilham corak songket untuk gambar gerakan infiniti, dan menerusi paten berulang unik dalam sulaman 'Weave' infiniti.
  • DNA rekabentuk evolusi ini mengambil ilham kepakaran seni dan warisan budaya Malaysia.
  • Trenkuasa ditawarkan menerima penghargaan di pasaran seperti China dan Filipina.

CIRI KESELAMATAN PROTON X90

Aspek keselamatan diletakkan pada senarai teratas untuk SUV premium dengan ciri baharu seperti:

  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) - Mengesan kenderaan yang mendekati ketika mengundur
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW) - Memberi amaran kepada pemandu tentang risiko perlanggaran dari belakang
  • Maklumat Tanda Jalan (TSI) - Mengesan dan memaparkan papan tanda jalan raya. Proton X90 menjadi kenderaan pertama jenama itu yang dilengkapi ciri ini.

CIRI PROTON X90

  • Dilengkapi unit infotainmen LCD 10 inci dengan antaramuka digital mudah baca dan intuitif.
  • Unit infotainment untuk varian Flagship menampilkan skrin 12.3 inci dengan pemproses EO2. Ini juga unit infotainmen terbesar dan tercanggih yang ada dalam model Proton.

TRENKUASA HIBRID RINGAN (MHEV)

Proton X90 menggabungkan teknologi hibrid ringan (MHE)canggih dengan prestasi mengagumkan untuk pengalaman pemanduan lancar dan dinamik.

Dijana trenkuasa sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V inovatif menyepadukan enam komponen teras seperti motor Generator Penghidup-Sawat (Belt-Starter Generator, BSG) 48V, Konverter DC-DC, bateri litium-ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri (BMS), Sistem Brek Regeneratif, dan Sistem Kawalan Modul Hibrid (HMCS).

Selain meningkatkan kecekapan bahan api, enjin MHEV ini turut mengurangkan emisi untuk pemanduan lebih hijau yang mesra alam.

Enjin 1.5L TGDi memberikan ouput kuasa dan tork memuaskan, iaitu 188hp dan tork 300Nm, manakala sistem EMS memberikan lonjakan prestasi 11hp dan tork 45Nm untuk prestasi memberangsangkan bersama sistem transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

Prebiu Proton X90 akan bermula pada 8 April nanti di enam bandar utama seluruh negara.

Related

115
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Proton X90, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my