• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lima Lebuh Raya Lembah Klang Guna Sistem Bayaran Tol Terbuka September Ini

Lima Lebuh Raya Lembah Klang Guna Sistem Bayaran Tol Terbuka September Ini

March 28, 2023 By Shawkath Leave a Comment

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


LIMA lagi lebuh raya bakal menggunakan sistem pembayaran terbuka tol yang dijangka bermula pertengahan September ini.

Lebuh raya dimaksudkan itu, ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS),  Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Terowong SMART.

BACA >>> Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
BACA >>> Tiada Lagi Monopoli TnG, Boleh Bayar Tol Guna Kad Debit, Kredit September Ini

Perkara itu diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang berkata, sistem pembayaran terbuka tersebut akan dibuat secara berfasa. Setakat ini, ada 11 lebuh raya terlibat dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka.

Beliau berkata;

Keputusan untuk melaksanakan sistem pembayaran terbuka itu dicapai melalui pelbagai proses rundingan antara Bahagian Pembangunan dan Penswastaan Kementerian Kerja Raya (KKR) dengan semua pihak berkepentingan, termasuk syarikat konsesi sejak 2022 lagi.

"Rundingan seumpama ini adalah usaha berterusan KKR dan perlu diadakan bagi memastikan pelaksanaan sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) dapat dijayakan."

UJIAN MLFF OKTOBER INI

Menyentuh mengenai MLFF, Alexander berkata;

Saya ingin memaklumkan keputusan lokasi pelaksanaan Proof of Concept (POC) MLFF sudahpun diputuskan dengan Lebuhraya Sungai Besi dipilih sebagai lokasi POC pertama.

"Pelaksanaan POC akan dibuat pada penghujung Oktober 2023 bagi menilai sistem MLFF sebelum dilaksanakan bagi semua lebuh raya di Malaysia.

"Kementerian juga sedang mengadakan rundingan bersama syarikat konsesi lain bagi mendapatkan satu lagi lebuh raya bagi pelaksanaan POC MLFF. Keputusan lokasi POC kedua akan saya umumkan dalam masa terdekat.

"Sesungguhnya, sistem pembayaran terbuka dan MLFF ini tidak boleh dilaksanakan semalaman dan perlu melalui pelbagai peringkat.

"Perkara ini tentu bukan mudah dan memerlukan perancangan teliti dan penggunaan teknologi yang berpatutan serta rundingan bersama pelbagai pihak sebelum dapat dilaksanakan sepenuhya.

"Dengan itu, saya ingin memohon kerjasama semua pihak supaya dapat bersabar dan memberikan sedikit masa kepada pasukan di Kementerian ini yang komited dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka, sekali gus memastikan transisi MLFF dapat dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya suku ketiga 2024."

BACA >>> Sistem Bayaran Tol Terbuka MLFF Mungkin Laksana Sebelum 2025
BACA >>> Laluan Bebas Tol KL-Kelantan yang Lebih Pantas Siap 2026!
BACA >>> PH Sedia Hapuskan Tol PLUS Jika Menang PRU15, Dapat Perintah Lima Tahun!
BACA >>> Harga Tol Empat Lebuh Raya Turun, Jimat 5 Sen Hingga 37 Sen!

Related

48
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Multi Lane Fast Flow (MLFF), Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Terowong SMART

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev