KEHADIRAN Honda Civic Type R (2017) kini bukan lagi rahsia apabila kelibat model prestasi tinggi itu mula didedahkan kepada pengunjung di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017, semalam. Namun, spesifikasi lengkap masih belum diumumkan sepenuhnya.
BACA >>> 13 Foto Rasmi Honda Civic Type R dengan Spesifikasi Asas
Mari saksikan gambar Type R secara live yang diambil daripada media permotoran Britain, AutoExpress:
SPESIFIKASI
ENJIN 4-silinder 2.0L i-VTEC pengecaj turbo, pacuan roda depan (FWD)
TRANSMISI Manual 6-kelajuan
KUASA MAKSIMUM 316hp
TORK MAKSIMUM 400Nm
RIM Aloi 20-inci
SUSPENSI Strut MacPherson (depan); Multilink independen (belakang)
CIRI Mod pacuan - Comfort, Sport & Track; Brek cakera Brembo; Diferensial Gelincir Terhad (LSD); Sistem Peredam Adaptif (ADS)
HARGA Sekitar £32,000 (RM173,634). * Harga ditukarkan secara langsung antara Pound Sterling dan Ringgit Malaysia, tidak termasuk cukai.
GALERI
* Kredit Foto: AutoExpress
SUMBER: AutoExpress
Leave a Reply