• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 12 Lorong RFID Lebuhraya PLUS Selesai Tambah, Siap Lebih Awal

12 Lorong RFID Lebuhraya PLUS Selesai Tambah, Siap Lebih Awal

March 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA Januari 2023, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan penambahan 12 lorong Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di beberapa plaza tol PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mengatasi masalah kesesakan di lorong tersebut yang banyak menimbulkan rungutan pengguna.

Berdasarkan perancangan asal, penambahan lorong RFID itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap pertengahan April ini.

BACA >>> Menteri: PLUS Tambah 12 Lorong RFID Menjelang April Ini
BACA >>> Lebuhraya CCLEX Filipina Tangguh Guna RFID Penuh, Elak Kaunter Khidmat Pelanggan Sesak

Terbaharu, Alexander mengumumkan kerja menambah lorong RFID di Lebuhraya PLUS sudahpun selesai.

Kini, sebanyak 12 lorong tambahan RFID sudah mula beroperasi sejak 11 Mac lalu di Plaza Tol Setia Alam, Subang, Jalan Duta, Putra Mahkota, Kajang, Kubang Semang, Sungai Besi, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang Selatan dan Jambatan Pulau Pinang," katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada PLUS kerana menambah 12 lagi lorong RFID di lebuh raya itu lebih awal daripada dijadualkan sebelum ini.

Pada masa sama, beliau berharap pengguna juga turut mengamalkan kaedah penggunaan RFID yang betul.

Alexander sebelum ini memberikan jaminan sistem RFID akan sentiasa dipastikan berada dalam keadaan terbaik.

Namun saya juga mengharapkan kerjasama penggguna RFID di Lebuhraya PLUS untuk sentiasa menggunakan Lorong RFID atau mod pembayaran yang sama ketika masuk dan keluar dari plaza tol, dan memastikan baki eWallet mencukupi sebelum memulakan perjalanan di lebuh raya bagi memastikan pengalaman perjalanan lebih lancar," katanya.

BACA >>> JKR Jawab Video Netizen Sindir Main Lato-Lato di Pejabat
BACA >>> 3 Peratus Projek Pembangunan Kerajaan Disifatkan 'Sakit' Termasuk Lebuh Raya

Related

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), Lebuhraya PLUS, MyRFID, Nanta Linggi, PLUS Berhad, RFID, TnG

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev