• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Sonata (2023) Facelift Diperkenal yang 180º Berbeza, Lebih Agresif!

Hyundai Sonata (2023) Facelift Diperkenal yang 180º Berbeza, Lebih Agresif!

May 9, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGELUAR kereta perlu melakukan sesuatu untuk sedan segmen-D yang terhimpit dengan kehadiran kenderaan utiliti sukan (SUV) yang lebih praktikal untuk keluarga.

Gaya SUV masa kini tidak lagi seperti dahulu, SUV sekarang direka untuk nampak sebati di celahan hutan konkrit atau menonjolkan gaya seorang eksekutif. Mungkin antara cara menaikkan kembali sedan segmen-D adalah menampilkan rekabentuk sporty dan menonjol.

Ciri tersebut sudah dibawakan Toyota Camry (foto atas), Nissan Altima dan Kia K5. Namun, lain pula cerita Honda Accord terbaharu (generasi ke-11) yang berada dalam liga tersendiri.

Model terbaharu yang menyertai 'geng' sporty ialah Hyundai Sonata (2023) versi dipertingkat (facelift). Model generasi kelapan Hyundai Sonata diperkenalkan pada 2019, yang mana model rupa baharu kali ini langsung meninggalkan imej lama dengan lampu dan gril depan melengkung.

Hyundai mendakwa Sonata baharu tampil dengan rekabentuk paling sporty pernah dihasilkan atau dalam bahasa lain, gaya revolusi berbanding konsep rupa baharu ringkas. Jika Kia membawa falsafah rekabentuk Opposites United, Hyundai pula dengan gaya Sensuous Sportiness.

Bahagian depan Hyundai Sonata (2023) facelift mengulang semula rekabentuk lampu sebaris kenderaan pelbagai guna (MPV) Staria yang dipanggil Seamless Horizon Lamp dan disepadukan dengan lampu besar tersorok, gril lebar dan ventilator udara.

Hyundai Sonata 2023.02
Hyundai Sonata 2023.03

Olahan semula itu menukarkan rupa depan Hyundai Sonata (2023) facelift berbeza 180º. Serasi dengan depan, rupa belakang juga sporty dengan olahan semula lampu yang menyala dalam bentuk H.

Seperti sebelumnya, Hyundai turut menawarkan varian sporty N Line yang kali ini tidak jauh berbeza dengan model standard kerana kedua-dua versi itu tampil agresif.

Hyundai Sonata 2023.10
Hyundai Sonata 2023.07

Dari sisi, sedan segmen-D ini kekal dengan 'contengan' badan dan tampak harmoni dengan rupa depan dan belakang baharu.

Ruang kabin pula buat kali pertama kali Hyundai Sonata (2023) facelift menggunakan papan pemuka baharu dengan skrin lengkung yang menyatukan kluster instrumen 12.3 inci untuk pemandu dan unit infotainmen skrin sentuh 12.3 inci.

Stereng juga ditukar baharu dan butang gear konsol tengah dipindahkan ke belakang stereng. Ruang ditinggalkan kini jadi lebih kemas dan dilengkapi perehat lengan baharu yang lebih panjang untuk keselesaan pemandu.

Hyundai belum mendedahkan maklumat mengenai enjin dan bergantung pasaran. Hyundai Sonata sebelum ini dibekalkan enjin turbo Smartstream T-GDI 1.5L, 1.6L, 2.0 liter dan 2.5L.

Hyundai turut menawarkan enjin aspirasi natural (NA) Smartstream MPI 2.5L, Smartstream MPI GDI 2.5L dan model hibrid dan hibrid plug-in (PHEV).

Di Malaysia, Hyundai Sonata dibawa ke pasaran tempatan pada 2020 dengan enjin 2.5L Smartstream MPI dan dijual pada harga sekitar RM190,000.

BACA >>> Kajian: Hyundai Tucson Dipilih Kereta Paling Puas Hati Pembeli UK
BACA >>> Hyundai Kona (2023) Diperkenal dalam Varian Elektrik, Hibrid, ICE dan N-Line!
BACA >>> Hyundai Bina Hotel Pertama Dunia Dikuasakan Kereta Elektrik!

Hyundai Sonata 2023.06
Hyundai Sonata 2023.09
Hyundai Sonata 2023.07
Hyundai Sonata 2023.10
Hyundai Sonata 2023.08
Hyundai Sonata 2023.11
Hyundai Sonata 2023.12
Hyundai Sonata 2023.13
Hyundai Sonata 2023.05
Hyundai Sonata 2023.16
Hyundai Sonata 2023.02
Hyundai Sonata 2023.01
Hyundai Sonata 2023.03
Hyundai Sonata 2023.04
Hyundai Sonata 2023.14
Hyundai Sonata 2023.15

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hyundai, Hyundai Sonata, Hyundai Sonata (2023) Facelift, Hyundai Sonata 2023, Roda4, Sedan Mid-Size, sedan saiz pertengahan, sedan segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev