• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jualan Toyota Camry Dihentikan Untuk Pasaran Jepun Bermula 2024, Sedan Dah Tak Laku?

Jualan Toyota Camry Dihentikan Untuk Pasaran Jepun Bermula 2024, Sedan Dah Tak Laku?

March 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEDAN bersaiz sederhana yang dikeluarkan Toyota selama 43 tahun, Toyota Camry bakal dihentikan pengeluarannya di pasaran negara itu.

Menurut laporan oleh Asia Nikkei, Toyota itu telah memaklumkan pengedar di Jepun bahawa mereka akan berhenti menghasilkan Camry untuk pelanggan pasaran negara itu pada penghujung 2023.

Penjualan Camry dihentikan di Jepun kerana jualan sedan itu menurun dari tahun ke tahun, dengan hanya 6,000 unit Camry berjaya dijual di Jepun tahun lalu.

Sebab jualan Camry menurun juga disebabkan kerana permintaan tinggi terhadap SUV dan MPV serta isu semikondukter yang mempengaruhi penghasilan kereta.

Jualan di Jepun akan berhenti secara berperingkat, di mana Toyota tidak akan lagi menerima pesanan baharu untuk Camry yang dibuat oleh pelanggan berminat.

Persoalannya, adakah Toyota juga akan menghentikan penawaran Camry di pasaran luar? Jangan risau kerana Toyota mengesahkan bahawa pengeluaran akan diteruskan untuk pasaran eksport.

Tambahan pula, Camry masih dijual di lebih 100 negara di seluruh dunia dan masih merupakan salah sedan paling popular di seluruh dunia.

Di samping itu, AS kekal sebagai pasaran paling popular Camry, menyumbang 13 juta jualan kenderaan sejak ia mula-mula tiba di negara itu pada tahun 1982.

Di pasaran Asia Tenggara dan China, Camry masih dilihat menjadi pilihan ramai. Ia digemari kerana menampilkan penampilan eksekutif, kemudahan mewahnya, keluasan dan kebolehpercayaannya.

Di Malaysia Toyota Camry dijual pada harga RM219,800, iaitu RM10,000 lebih tinggi berbanding harga pada Julai 2022 selepas tamat tempoh pengecualian cukai jualan dan servis SST.

BACA >>> Toyota Camry 2.5V - Sedan Seisi Keluarga Tawar Perlindungan Terbaik Sepanjang Perjalanan
BACA >>> Camry VIP 'Potong Q' Buat Netizen Tak Puas Hati

SUMBER: AutoIndustriya

Related

130
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2024, JDM, Jepun, Pasaran Domestik, Sedan, Toyota, Toyota Camry

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev