• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pengecas EV Huawei Bakal Cabar 'supercharger' Tesla V4, 100kWh Dalam 10 Minit!

Pengecas EV Huawei Bakal Cabar 'supercharger' Tesla V4, 100kWh Dalam 10 Minit!

March 27, 2023 By Sharil Leave a Comment

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

SEBUAH prototaip pengecas super (supercharger) milik Huawei terdedah di mana ia mempunyai output voltan 200-1000V, arus keluaran maksimum 600A, dan kuasa maksimum 600kW!

Huawei bukanlah jenama mentah dalam perniagaan pengecas EV di mana mereka menjual pelbagai pengecas pantas DC.

Bagaimanapun, dengan pengecas super Huawei ini, ia menjadi antara pengecas pantas yang paling berkuasa di dunia, mengatasi pengecas 500kW yang dilancarkan Nio pada Disember lalu dan bersamaan dengan pengecas super Tesla V4!

Dalam erti kata lain, pengecas 600kW Huawei ini mampu memberikan 100kWh dalam 10 minit sahaja!

Menerusi gambar yang terdedah, kelihatan sebuah Huawei Aito M5 EV diletakkan di kawasan pengecas prototaip itu.

Maklumat lain yang boleh ditemui pada papan nama, yang diterbitkan oleh D1EV, ialah pengeluarnya ialah Huawei Digital Energy Technology Co., Ltd., saiznya ialah 295/340/1700mm, nombor model ialah DT600L1-CNA1 dan kabel pengecasan adalah 3.5 m panjang.

Persoalannya, mampukah EV di pasaran masa ini mampu menerima kuasa pengecas sebesar itu?

Berbanding teknologi pengecasan ultra-tinggi voltan 800V, menaikkan voltan kepada 1000V mungkin kelihatan lebih baik, tetapi ia mungkin sukar diadaptasi secara teknikal oleh kenderaan elektrik.

EV Huawei seperti Avatr 11 dan Arcfox Alpha S menyokong platform 800V dan masing-masing mempunyai kuasa pengecasan maksimum 240kW dan 187kW.

Bagaimanapun, isu utama ialah kebanyakan EV sedia ada tidak bersedia secara teknikal untuk menggunakan kuasa penuh pengecas super tersebut, termasuk platform 800V yang terbaru.

Meskipun telah wujud pengecas super yang begitu berkuasa, kita tetap perlu menunggu untuk melihat pengecasan hingga 200km dalam 5 minit menjadi kenyataan melainkan dengan melakukan pertukaran bateri.

BACA >>> Beli Motosikal Modenas, Anda Berpeluang Menang Telefon Pintar Huawei P9
BACA >>> TNB Electron DC Mula Operasi, 6 Lagi Stesen Pengecas EV Akan Dibuka Tahun Ini

SUMBER: CarNewsChina

Related

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: DC, EV, Huawei, pengecas pantas, pengecas super, supercharger, Tesla V4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
    Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini - Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev