• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pecco Juara GP Portugal 2023, Bukti Ducati Masih Sukar Dicabar

Pecco Juara GP Portugal 2023, Bukti Ducati Masih Sukar Dicabar

March 27, 2023 By Shawkath Leave a Comment

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

JUARA bertahan, Francesco Bagnaia (Pecco) mencatat kemenangan berganda selepas menjuarai perlumbaan semalam dan memenangi ujian Sprint di GP Portugal kelmarin.

Pelumba Aprilia Racing, Maverick Vinales dan Marco Bezzecchi dari pasukan VR46 masing-masing berpeluang menduduki tangga kedua dan ketiga podium selepas satu pertembungan dramatik yang menyingkirkan Marc Marquez dan Miguel Oliveira.

Oliveira meraih sokongan peminat tempatan seawal perlumbaan namun kelebihan yang dimiliki bintang RNF Aprilia itu tidak berpanjangan gara-gara tindakan ‘terburu-buru’ Marquez.

Sebelum pertembungan kontroversi berlaku di Pusingan 3, Pecco sedang mendahului perlumbaan diikuti rapat Oliveira, Jorge Martin (Pramac Ducati) dan Marquez di tempat keempat.

Susunan berubah selepas pelumba pasukan Honda itu bergesel di belakang jentera Jorge Martin dan menjatuhkan Oliveira dengan rempuhan dari sebelah kanan.

Martin berjaya mengawal jentera lumbanya meskipun tersasar ke sebelah kiri selekoh. Kemalangan itu membuka laluan untuk Vinales menduduki posisi kedua sambil diekori Jack Miller (KTM).

Marquez kemudian memeriksa keadaan Oliveira yang terbaring atas litar sebelum pelumba RNF itu dibawa ke pusat perubatan. Menyedari kesilapannya, Marquez ke kotak pit RNF untuk memohon maaf atas kejadian tersebut.

Pasukan RNF pada awalnya menyatakan Oliveira ‘mengalami kontusi di bahagian atas kaki kanan. Mujur imbasan X-ray tidak menunjukkan sebarang tulang patah’.

Vinales terus mengasak Bagnaia pada ketika Bezzecchi dan Alex Marquez berusaha merapatkan kedudukan selepas memintas Miller.

Rakan sepasukan Vinales, Aleix Espargaro dan pelumba harapan Yamaha, Fabio Quartararo cuba menambah baik kedudukan selepas ketinggalan di tangga 14 dan 15 pada awal perlumbaan.

KEPUTUSAN GP PORTUGAL 2023

  1. Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo - GP23)
  2. Maverick Vinales  (Aprilia Racing - RS-GP23)
  3. Marco Bezzecchi (Mooney VR46 Ducati - GP22)
  4. Johann Zarco (Pramac Ducati - GP22)
  5. Alex Marquez (Gresini Ducati - GP22)
  6. Brad Binder (Red Bull KTM - RC16)
  7. Jack Miller (Red Bull KTM - RC16)
  8. Fabio Quartararo (Monster Yamaha - YZR-M1)
  9. Aleix Espargaro (Aprilia Racing - RS-GP23)
  10. Alex Rins (LCR Honda - RC213V)
  11. Joan Mir (Repsol Honda - RC213V)
  12. Takaaki Nakagami (LCR Honda - RC213V)
  13. Augusto Fernandez (Tech3 GASGAS  - RC16)
  14. Franco Morbidelli (Monster Yamaha - YZR-M1)

SENARAI PELUMBA DNF

  • Raul Fernandez (RNF Aprilia - RS-GP22)
  • Luca Marini (Mooney VR46 Ducati - GP22)
  • Jorge Martin (Pramac Ducati - GP23)
  • Fabio Di Giannantonio (Gresini Ducati - GP22)
  • Miguel Oliveira (RNF Aprilia  - RS-GP22)
  • Marc Marquez (Repsol Honda - RC213V)

Related

59
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Francesco Bagnaia, GP Portugal 2023, Marc Marquez, Maverick Viñales, Miguel Oliveira, MotoGP 2023, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my