• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua

Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua

March 24, 2023 By Sharil Leave a Comment

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TIADA lagi monopoli Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) selepas Kementerian Pengangkutan memutuskan membuka peluang kepada mana-mana pihak berkelayakan yang memenuhi syarat menjadi penyedia perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelawaan itu dibuat berikutan penamatan konsesi Puspakom Sdn Bhd pada 31 Ogos 2024.

BACA >>> Puspakom: Pastikan Rim Cukup Nat, Tidak Bengkok Sebelum Datang Diperiksa
BACA >>> Tiada Lagi Bayaran Tunai Semua Cawangan Puspakom, Mula 1 Januari 2023

Menurutnya, ketetapan itu bermakna Puspakom tidak lagi menjadi penyedia tunggal perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor untuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September 2024.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Mac lalu.

Selaras hasrat Kerajaan mewujudkan persekitaran perkhidmatan berdaya saing dan memudahkan seluruh rakyat, Kementerian bersama JPJ akan membangunkan syarat kelayakan, peraturan operasi, skop perkhidmatan, penetapan lokasi pemeriksaan dan garis panduan untuk pihak lain yang berminat menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor.

JPJ akan berterusan melakukan audit dan memantau semua pihak yang menyediakan perkhidmatan tersebut bagi memastikan pematuhan kualiti dan integriti pemeriksaan. Mana-mana pihak yang didapati melanggar syarat ditetapkan boleh dikenakan penalti atau dibatalkan kebenaran menjalankan pemeriksan terlibat.

Loke berkata;

MOT juga akan memastikan pembukaan pemeriksaan berkala kepada mana-mana pihak lain tidak menyumbang kepada elemen persaingan tidak sihat dan membawa kesan negatif kepada penyediaa perkhidmata pemeriksan berkala kenderaan motor di bawah Akta 333.

"MOT sedang dalam proses memuktamad semua syarat permohonan pengoperasian dan dokumen tawaran mana-mana pihak berminat dan proses pelawaan dijangka bermula selewat-lewatnya suku pertama 2024."

Menurutnya, mengenai perjanjian konsesi Puspakom semasa yang pernah dilanjutkan 15 tahun pada 2009, Kerajaan bersetuju melanjutkan perjanjan tersebut untuk tempoh sama berkuat kuasa 1 September 2024 dengan penambahan terma dalam perjanjian sedia ada.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira fungsi Puspakom yang sudah melaksanakan pemeriksaan bagi pihak JPJ dengan baik dan memenuhi tahap perkhidmatan ditetapkan.

BACA >>> Lepas Angkat Sumpah, Puspakom Gesa Semua Pihak Putuskan Rantaian Rasuah
BACA >>> Tiada Lagi Bayaran Tunai Semua Cawangan Puspakom, Mula 1 Januari 2023

Related

199
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ, Kementerian Pengangkutan (MOT), Monopoli, penyedia perkhidmatan pemeriksaan berkala kenderaan motor, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my