• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Aveta Malaysia Lancar Skuter VADV 150 Hybrid (2023), Harga Mula RM13.9k

Aveta Malaysia Lancar Skuter VADV 150 Hybrid (2023), Harga Mula RM13.9k

March 24, 2023 By Shawkath Leave a Comment

237
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


AVETA Malaysia baru-baru ini memperkenalkan varian skuter terbaharu Aveta VADV 150 Hybrid (2023) ke pasaran tempatan dalam tiga pilihan warna pada  harga RM13,980 seunit.

Aveta VADV 150 Hybrid (2023) ialah kembar kepada Dayang Vorei ADV 150 di China yang dianggap sebagai klon Honda ADV 150. Berikut perincian skuter itu:

BACA >>> Lifan LF150-T - Skuter Advencer dari China yang Dikatakan Meniru Honda ADV 150
BACA >>> Aveta VADV 150 (2023) dengan Dashcam, TPMS, GPS Tiba Februari Ini, Harga RM14k?

1. WARNA

Aveta VADV 150 Hybrid (2023) - 1
Aveta VADV 150 Hybrid (2023) - 7
Aveta VADV 150 Hybrid (2023) - 13

Aveta VADV 150 Hybrid (2023) didatangkan dalam tiga warna pilihan: Blue Sapphire (biru), Red Ruby (merah) dan Yellow Topaz (kuning).

2. PERAKAM VIDEO DIGITAL (DVR)

Aveta VADV 150 Hybrid (2023) - 4
Aveta VADV 150 Hybrid (2023) - 5

Aveta VADV150 Hybrid (2023) dikatakan menjadi skuter pertama Malaysia yang dilengkapi perakam video digital (DVR), iaitu dua unit kamera di depan dan belakang.

3. ENJIN DAN CIRI

Skuter ini mensasarkan pengguna bandar dengan enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal 149cc SOHC penyejukan cecair dengan suntikan bahan api elektronik (EFI) berkuasa 16.2hp @ 8,500rpm, dan tork 14.6Nm @ 6,500rpm, manakala  kelajuan maksimum 115kmj.

Trenkuasa skuter ini mendapat 'Bantuan Hibrid' (Hybrid Assist) untuk pecutan hingga 50kmj menerusi 'Generator Motor Pintar' (Smart Motor Generator) yang dipacu menggunakan alternator.

Aveta VADV 150 Hybrid (2023) - 12
Aveta VADV 150 Hybrid (2023) - 6

Menggunakan sistem lampu depan LED adaptif boleh laras automatik untuk mengubah sudut dan ketinggian suluhan lampu mengikut kelajuan tunggangan.

Sistem suspensi fork teleskopik tidak boleh laras di depan, dan dwi-absorber dengan subtangki jenis boleh laras prabeban di belakang.

Bahagian roda dipadangkan rim aloi 14 inci dengan tayar 110/80 di depan, dan rim aloi 13 inci dengan tayar 130/70 (belakang). Menariknya, kedua-dua roda dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran!

Aveta VADV 150 Hybrid (2023) - 8
Aveta VADV 150 Hybrid (2023) - 9

Bahagian pemuka mendapat panel meter LCD TFT 7 inci berwarna dengan spidometer TBOX. Antara ciri lain diberikan ialah sistem penghidup tanpa kunci (keyless), visor angin boleh laras 2-tetapan, konektiviti telefon pintar menerusi Bluetooth, Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS), port USB dan navigasi (GPS).

Skuter ini memiliki dimensi panjang 2,072mm, lebar 760mm, dan tinggi 1,260mm. Berat kerb 150kg, manakala tinggi pelana 775mm, dan kapasiti tangki minyak 9.3 liter.

BACA >>> Dayang VOREI (2020) Mahu Lawan Yamaha XMAX, Honda Forza
BACA >>> Kenapa Skuter XDV 250i (2023) Guna Nama WMoto, Bukan Keeway?
BACA >>> Dayang Vorela 150 Lancar di China, Klon ADV 150 yang Lebih Berkuasa, RM11.2k
BACA >>> Aveta VZR250 (2023) Lancar di Malaysia, Harga RM14.9k!

Related

237
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Aveta Malaysia, Aveta VADV 150 Hybrid, Dayang VOREI, roda2, skuter advencer, Skuter Advencer 150cc, Skuter adventure 150cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev