• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #BIMS2023: Mitsubishi XRT Concept Debut di Bangkok, Bayangan Triton Serba Baharu

#BIMS2023: Mitsubishi XRT Concept Debut di Bangkok, Bayangan Triton Serba Baharu

March 21, 2023 By Han Othman Leave a Comment

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Motors Corporation (Mitsubishi Motors) mendedahkan trak pikap konsep Triton1, Mitsubishi XRT Concept yang dirancang dilancarkan pada tahun fiskal 2023 di Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023 yang berlangsung hari ini hingga 2 April depan.

Mitsubishi Triton ialah model paling laris  dikeluarkan dari Kilang Laemchabang di Thailand, dan dieksport ke lebih 150 negara seluruh dunia.

BACA >>> Pembeli Triton ke-100,000 Unit Dapat Diesel Percuma RM27k!
BACA >>> Triton Lonjak Pasukan Mitsubishi Ralliart Sebagai Juara AXCR 2022

Dengan rekabentuk pertama diperbaharui sepenuhnya dalam tempoh kira-kira sembilan tahun, Mitsubishi Triton serba baharu akan menjadi generasi keenam trak pikap saiz pertengahan itu.

Selepas Thailand, model itu akan menyusul untuk pasaran Asean, Oseana dan rantau lain.

mitsubishi-xrt-concept-2023-design-2
mitsubishi-xrt-concept-2023-design

Mitsubishi XRT Concept menampilkan karakter rupa depan agresif dengan bonet dan sisi tampak lasak bersama tayar off-road yang sesuai untuk rupa bumi ekstrem. Rekaan kamoflaj diilhamkan daripada batu lava yang penuh bertenaga bersama grafik Ralliart.

Dalam saingan kejuaraan Rali Rentas Negara Asia (ACCR) 2023, pasukan Mitsubishi Ralliart mendapat sokongan teknikal daripada Mitsubishi Motors yang merancang bersaing menggunakan model prototaip rentas negara untuk Triton serba baharu dengan spesifikasi Group T1.

Mitsubishi XRT Concept.16
Mitsubishi XRT Concept.15

Juara dua kali Rali Dakar 2002-2003, Hiroshi Masuoka akan kekal bersama pengarah pasukan dan pasukan jurutera Mitsubishi Motors untuk melakukan ujian pramusim dan mengiringi  pasukan dalam saingan berkenaan.

Mitsubishi Motors mengunakan kepakaran yang diperoleh daripada kejuaraan rali disertai sebagai maklum balas dalam pembangaunan kenderaan pengeluaran yang selamat, pemanduan menyeronokkan dalam sebarang kondisi jalan dan cuaca.

BACA >>> Mitsubishi Ralliart Team Selesai Uji Triton di Thailand, Siap Sedia Sertai Lumba Rali AXCR
BACA >>> Mitsubishi Triton Phantom Plus Edition (2022) Lancar, Hanya 1,000 unit, Harga Mula RM139k!

Mitsubishi XRT Concept.09
Mitsubishi XRT Concept.01
Mitsubishi XRT Concept.07
Mitsubishi XRT Concept.03
Mitsubishi XRT Concept.05
Mitsubishi XRT Concept.08
Mitsubishi XRT Concept.10
Mitsubishi XRT Concept.11
Mitsubishi XRT Concept.17
Mitsubishi XRT Concept.22
Mitsubishi XRT Concept.19
Mitsubishi XRT Concept.18
Mitsubishi XRT Concept.20
Mitsubishi XRT Concept.21
Mitsubishi XRT Concept.16
Mitsubishi XRT Concept.15

Related

95
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BIMS 2023, MITSUBISHI MOTORS CORPORATION, Mitsubishi Ralliart, Mitsubishi XRT Concept, Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2023, Roda4, Trak pikap

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
    Modenas Perkenal Kawasaki Z900 2025 di Glenmarie , Harga Mula RM47,800
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev