• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / #GIMS2017: Ford Fiesta ST (2017) dengan Enjin 3-Silinder Akhirnya Tunjuk Muka

#GIMS2017: Ford Fiesta ST (2017) dengan Enjin 3-Silinder Akhirnya Tunjuk Muka

March 7, 2017 By Han Othman 2 Comments

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


FORD Fiesta ST (2017) adalah antara model yang mencuri perhatian ramai sempena Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 2017 kali ini, sekali gus menjadikan hot-hatch yang dibina berasaskan versi Fiesta generasi ke-7 itu sebagai famili ST terbaharu.

Sudah tentu perkara paling mengujakan tentang Ford Fiesta ST ialah pengenalan enjin serba baharu yang lebih ringan, 3-silinder 1.5L turbo bagi menggantikan nadi lama, 4-silinder 1.6L turbo. Kecil-kecil cili api, enjin baharu kali ini mencatatkan kuasa kuda yang lebih tinggi, 197hp, iaitu 17hp lebih tinggi berbanding Fiesta ST sedia ada, manakala tork dilonjakkan daripada 240Nm kepada 290Nm.

PANTAS DAN CEKAP

Malah, Ford mendakwa model terbaharu ini mampu memecut sepantas 6.7 saat dalam kelajuan 0-100kmj - setanding ST200 dengan kelajuan maksimum mencecah 225kmj! Pengecilan enjin itu membolehkan Ford mengurangkan kadar emisi CO2 daripada 138g kepada 114g. Teknologi nyah aktif silinder pula mampu meningkatkan kecekapan bahan api.

Mungkin ramai teruja dengan pengenalan enjin baharu kali ini, tetapi menurut Ford, mereka turut melakukan penambahbaikan ke atas aspek pengendalian dengan menala semula kalibrasi kereta supaya seiring dengan prestasi yang dijana model tersebut.

SENTUHAN FORD PERFORMANCE

Fiesta ST dibina berasaskan platform kereta-B global Ford dengan mendapat sentuhan talaan khas daripada divisi Ford Performance. Sama seperti generasi terdahulu, unit pemvektoran-tork mampu mengurangkan impak belokan kurang (understeer) apabila membrek di selekoh. Model hatchback subkompak ini disertakan dengan tiga mod pacuan pilihan - Normal, Sport dan Track, yang mampu mengubah kawalan traksi, respon terotel, stereng kuasa dan tetapan injap ekzos.

BACA >>> Ford Fiesta ST Tampil Enjin 3-Silinder Berkuasa 197hp, Mampu Pecut 6.7 Saat

Boleh didapati dalam gaya badan 3-pintu dan 5-pintu. Asas rekabentuk masih mirip kepada Fiesta standard , tetapi digarangkan dengan penampilan trim ST, bampar depan dan gril baharu. Turut menyerlahkan aksi jentera berkuasa ini ialah difuser belakang dan rim aloi 18-inci. Ada satu pilihan warna baharu ditambah dalam senarai warna terdahulu, iaitu Liquid Blue (biru).

Sekarang, mari kita saksikan foto-foto real Ford Fiesta ST (2017), diambil jurnalis dan fotografer AutoExpress yang menghadiri GIMS 2017.

GALERI

SUMBER: AutoExpress

Related

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, enjin 3-silinder, Ford, Ford Fiesta ST (2017), GIMS2017, hot-hatch, Pameran Motor Antarabangsa Geneva 2017, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my