• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BMW Panoramic Vision - Teknologi HUD Dipapar Sepanjang Cermin Depan

BMW Panoramic Vision - Teknologi HUD Dipapar Sepanjang Cermin Depan

May 1, 2023 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


REKABENTUK kenderaan BMW sekarang memang luar biasa. Lihat saja BMW XM, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan gril ginjal bersaiz mega dan rekabentuk badan unik.

BMW XM betul-betul menonjol dan sudahpun ditawarkan di pasaran tempatan pada harga lebih RM1.3 juta. Selain itu, BMW sedang mempersiap model generasi baharu yang dikenali sebagai Neue Klasse.

Nama Neue Klasse bermaksud kelas baharu, merujuk kepada sejarah penting BMW era 60-an hingga 70-an yang berjaya melonjakkan syarikat melalui pelbagai model sedan dan coupé baharu. BMW sekali lagi tampil dengan Neue Klasse yang bakal menjadi platform kepada pendigitalan, kelestarian dan rekabentuk kereta elektrik.

Bayangan teknologi Neue Klasse ditayangkan melalui BMW i Vision Dee (foto atas) pada Januari lalu dengan akronim yang bermaksud Digital Emotional Experience.

Antara ciri canggih bakal digunakan Neue Klasse ialah paparan dongak (HUD) BMW Panoramic Vision. Konsepnya mudah dan menarik, iaitu HUD dengan paparan sepanjang cermin depan!

Sistem itu memaparkan maklumat relevan kepada pemandu dan penumpang dengan tahap cahaya dan kontras lebih tinggi pada bahagian gelap di bawah cermin depan.

BMW dengan kokpit yang fokus kepada pemanduan bukan asing. Misalnya, komputer on-board dengan paparan digital kali pertama digunakan pada BMW 7 Series era 80-an.

BMW iDrive pertama pula digunakan pada 2001 dengan mengurangkan suis dan butang yang menjadikan bahagian dalaman kereta lebih moden dan kemas. Tidak lama selepas itu, BMW tampil pula dengan HUD.

Dengan BMW Panoramic Vision sebagai ciri terbaharu, BMW iDrive akan diperbaharui untuk digunakan pada model Neue Klasse. Teknologi itu akan digunakan untuk model Neue Klasse bermula 2025.

BACA >>> BMW M Tukar Logo, Guna Lencana Klasik Sempena Aniversari ke-50
BACA >>> BMW 3.0 CSL (2023) - Model Klasik Moden Sempena Rai Dunia Lumba, 50 Unit Sahaja!
BACA >>> Tempahan BMW XM Dibuka, Harga Permulaan Serendah RM1.4j!

BMW Panoramic Vision
BMW i Vision Dee
BMW XM

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW i Vision Dee, BMW NEUE KLASSE, BMW Panoramic Vision, BMW XM, head-up display, NEUE KLASSE, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my