• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pemandu 16 Tahun 'Tumbangkan' Citroen Ami di Litar Monaco

Pemandu 16 Tahun 'Tumbangkan' Citroen Ami di Litar Monaco

March 16, 2023 By Shawkath Leave a Comment

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BEBERAPA hari lalu, tular satu rakaman video menunjukkan kereta elektrik kompak jenis Citroen Ami terbabas ketika cubaan melayan kawasan selekoh dekat Grand Hote di Monaco pada kelajuan tinggi.

Berdasarkan laporan, ada dua individu lelaki berada di dalam kereta Citroen Ami iaitu remaja lelaki berumur 16 tahun selaku pemandu dan penumpang berusia 22 tahun.

BACA >>> Misteri Pemandu Innova Cekap Parkir Tahap Super Akhirnya Terjawab

Selekoh itu menjadi terkenal kerana perlumbaan Formula Satu (F1) dan merupakan selekoh paling perlahan dalam kalendar F1.

Stesen Riviera Radio melaporkan tiada sesiapa cedera dalam insiden kemalangan Citroen AMI yang berlaku kira-kira jam 6 petang pada Sabtu lalu. Dua individu yang berada di dalam kereta elektrik itu berumur 16 dan 22 tahun.

Pejabat Pendakwaraya menyatakan kedua-dua individu itu adalah warga Perancis dan semasa kemalangan berlaku, mereka tidak memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.

Seramai empat anggota bomba berjaya menegakkan Citroen Ami yang terbabas itu pada ketika polis trafik mengawal lalu lintas. Kereta itu kemudiannya disita pihak berkuasa.

Beberapa rakaman dari sudut berbeza memaparkan kemalangan itu dikongsi di media sosial, termasuk satu rakaman dari dalam kabin kenderaan.

@_skwiny_ Ça va je vais bien #fakesituation #monaco ♬ son original - Raphael Sky

Citroen Ami tidak dianggap sebagai model kereta penuh. Di Perancis, sesiapa yang berumur 15 tahun ke atas dibenarkan memandu kereta tersebut meskipun tiada lesen memandu. Bagaimanapun, kelajuan Ami dihadkan kepada 45kmj. Ami dipacu motor elektrik yang menawarkan kuasa 8hp.


SUMBER: The Drive | TheAutopian | MestMotor

Related

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Citroen Ami, Grand Hotel, Kenderaan Elektrik (EV), Monaco, Roda4, Viral Citroen Ami

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my