• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda CR-V (2023) Lancar 23 Mac ini, Ada Pilihan Enjin Hibrid dan Turbo!

Honda CR-V (2023) Lancar 23 Mac ini, Ada Pilihan Enjin Hibrid dan Turbo!

March 15, 2023 By Sharil Leave a Comment

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

GENERASI keenam Honda CR-V bakal dilancar secara rasmi untuk pasaran Thailand pada 22 Mac 2023.

Pelancaran SUV segmen-C ini telah disahkan oleh Honda Thailand dan CR-V 2023 itu bakal dilancarkan pada Bangkok International Motorshow (BIMS) 2023.

Honda Thailand turut memberikan beberapa perincial awal berkenaan model ini, seperti dua pilihan enjin bakal ditawarkan pada Honda CR-V (2023) iaitu versi hibrid e:HEV dengan enjin 2.0 liter dan enjin 1.5 liter VTEC Turbo.

Walaupun output kedua-dua enjin ini masih dirahsiakan, tetapi merujuk kepada model sama yang telah dilancarkan di Amerika Syarikat, enjin hibrid 2.0 liter Honda CR-V (2023) dengan sistem e:HEV menghasilkan 204hp dan tork 355Nm.

Sistem e:HEV ini menggandingkan enjin petrol kitaran Atkinson yang kerap berfungsi sebagai generator untuk bateri lithium-ion, dan digandingkan dengan dua motor elektrik untuk memacu roda hadapan.

Bagi model 1.5 liter VTEC turbo yang diganding bersama kotak gear CVT, enjin itu 190hp @ 6,000 rpm dan tork 243Nm @ 1,700 rpm hingga 5,000 rpm.

Seperti tradisi Honda buat masa kini, varian hibrid  atau RS bakal menjadi varian termahal Honda CR-V untuk pasaran Thailand. Bahagian luarnya menampilkan banyak bahagian berwarna hitam berkilat, bamparnya berbeza dengan model AS, serta rim aloi lebih besar.

Enjin turbo bakal ditawarkan pada varian yang lebih rendah dengan penampilan yang lebih sederhana dengan rim lebih kecil dengan kemasan perak.

Honda Thailand menyifatkan CR-V 2023 ini bukan sahaja lebih premium dan sporty, namun ia hadir dengan ciri-ciri termaju berbanding model generasi sedia ada bersama Honda Sensing.

Honda CR-V 2023 ini turut telah dikesan di jalan raya Malaysia sebelum ini. Adakah selepas pelancarannya di Thailand, Honda Malaysia turut bakal membawa model yang sama untuk pasaran Malaysia pada tahun ini?

BACA >>> Projek Ekstrem Lain daripada Lain, Honda CR-V Hybrid Racer Ini Mampu Ledak 800hp!
BACA >>> #Spyshot: Kelibat Honda CR-V (2023) Dikesan Sedang Diuji di Thailand

Related

90
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: 1.5L VTEC Turbo, Bangkok International Motor Show 2023, BIMS, e:HEV, hibrid, Honda CR-V 2023, Honda Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my