• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Shah Alam Jadi Medan Uji Kebolehsanaan Kenderaan Mikromobiliti

Shah Alam Jadi Medan Uji Kebolehsanaan Kenderaan Mikromobiliti

March 13, 2023 By Shawkath Leave a Comment

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) melancarkan Medan Uji Regulatori Negara di Shah Alam, Selangor untuk kenderaan mikromobiliti yang membabitkan aspek pengoperasian kenderaan tersebut.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, pelaksanaan medan uji itu bertujuan memantau kebolehlaksanaan operasi penggunaan kenderaan mikromobiliti dari segi penguatkuasaan, pelesenan dan kebolehpakaian infrastruktur mengikut garis panduan disediakan.

BACA >>> Terminal Titiwangsa Bakal Jadi Hab Pengangkutan Awam di Kuala Lumpur
BACA >>> Penunggang 'SWAT' Tunjuk Skil Tunggang Unisikal Atas Jalan Raya Awam

Menurutnya;

Inisiatif medan uji ini akan dijalankan di kawasan yang disediakan infrastruktur sesuai seperti digariskan dalam Garis Panduan Perancangan PLANMalaysia.

"MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) dan syarikat Futurise akan membantu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam pemantauan kebolehlaksanaan medan uji ini dari semua aspek dengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan semua pengguna mikromobiliti mematuhi peraturan medan uji ditetapkan."

Hasbi berkata, kenderaan mikromobiliti seperti e-skuter ialah mod pengangkutan yang boleh mengurangkan pelepasan karbon dioksida, dan menjadi penghubung first and last mile untuk memastikan keterhubungan pengangkutan awam sebagai usaha mengurangkan kesesakan jalan raya.

Namun, kita juga perlu memberi perhatian terhadap aspek keselamatan memandangkan penggunaan kenderaan ini di atas jalan adalah sangat berisiko kerana ia digunakan di kawasan yang mempunyai trafik bercampur selain mempunyai perbezaan had laju yang tidak dibina khusus seperti kenderaan bermotor lain.

"Pada 17 Disember 2021, Kementerian mengambil inisiatif melaksanakan larangan penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu termasuk e-skuter. Namun, Kerajaan tidak mengharamkan penggunaan semua kenderaan itu secara total, penggunaan kenderaan tersebut di pusat rekreasi dibenarkan tertakluk kepada ketersediaan infrastruktur."

Ketua Bahagian Pengangkutan Bandar MBSA, Norazmizam Alias berkata, inisiatif medan uji itu dijalankan di Seksyen 14  sebelum diperluas ke kawasan Pusat Komersial Seksyen 7 secara berperingkat, dan dijangka mengambil masa setahun.

BACA >>> e-Skuter Beam Solusi Terbaik Pengangkutan Awam di Malaysia
BACA >>> Garis Panduan e-Skuter, Basikal Letrik di Malaysia Hampir Siap, Tak Boleh Lebih 25kmj
BACA >>> Tunggang Skuter Elektrik Atas Jalan Raya KL Boleh Kena Denda RM300, Mula 1 Januari 2021!

SUMBER: Bernama

Related

83
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Datuk Hasbi Habibollah, e-Skuter, Kementerian Pengangkutan, Medan Uji Regulatori Negara, Mikro Skuter, Mikromobiliti, Norazmizam Alias, PLANMalaysia, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my