• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Stesen KTMB Kajang 2 Mula Operasi Isnin Depan, 13 Mac

Stesen KTMB Kajang 2 Mula Operasi Isnin Depan, 13 Mac

March 10, 2023 By Shawkath 1 Comment

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENDUDUK sekitar Bangi dan Kajang, Selangor boleh menggunakan pengangkutan awam di Stesen Kereta Api Kajang 2 bermula 13 Mac depan (Isnin).

Sebanyak 46 perkhidmatan tren akan beroperasi pada hari bekerja dan 33 perkhidmatan tren pada hari minggu, termasuk kelepasan am.

BACA >>> #SembangDeras: Adakah Laluan Baharu ECRL Lebih Baik atau Tidak?
BACA >>> Tren LRT Laluan Kelana Jaya Tergendala Akibat Masalah Kabel Gagal Salur Elektrik

KTM Komuter akan menggunakan jadual waktu semasa dengan kekerapan 30 minit pada waktu puncak dan 60 minit luar waktu puncak.

JADUAL PERJALANAN HARI BEKERJA

  • Tren Pertama: Stesen Kajang 2-KL Sentral - 6.15 pagi
  • Tren Terakhir: KL Sentral-Kajang 2 - 10.45 malam

JADUAL PERJALANAN HARI MINGGU, KELEPASAN AM

  • Tren Pertama dari Kajang 2 - 7.11 pagi
  • Tren Terakhir KL Sentral-Kajang 2 - 10.43 malam

Jadual waktu terkini boleh didapati di laman web rasmi KTMB atau muat turun aplikasi MyRailtime untuk merancang perjalanan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter.

Pengguna digalakkan menggunakan kad Komuter Link atau Touch n' Go sebagai mod bayaran untuk memastikan kelancaran pergerakan ke destinasi dan mengurangkan kesesakan di stesen.

FAKTA STESEN KERETA API KAJANG 2

Stesen Kereta Api Kajang 2 mampu mengendalikan 400 penumpang pada satu-satu masa. Fasiliti terbaharu itu dibina di kawasan seluas 87,120 kaki persegi (2 ekar) dan dilengkapi kemudahan seperti:

  • 500 lot parkir kenderaan
  • Jejantas pejalan kaki dengan lif untuk menghubungkan penduduk di kawasan perumahan Seksyen 5, Kajang.
  • 4 eskalator
  • Fasilliti mesra Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • 8 kios jualan sedia untuk disewa
  • Kamera pengawasan keselamatan di lokasi strategik
  • Kawasan menurunkan penumpang (drop-off area)
  • Kemudahan asas lain seperti tandas, surau dan platform berbumbung

MANFAAT STESEN KERETA API KAJANG 2

Stesen baharu itu mampu melengkapkan kemudahan pengangkutan awam lebih efisien dengan menyokong dua stesen kereta api berhampiran iaitu Stesen Keretapi Kajang dan Bangi.

Stesen Keretapi Kajang mencatatkan jumlah pengguna 1,328 sehari (484,688 setahun), manakala Stesen Bangi merekodkan 624 pengguna sehari  atau 227,611 pengguna, tahun lalu.

Selain itu, fasiliti terbaharu itu membantu merungkai masalah parkir bertingkat di Stesen Keretapi Kajang. Buat masa ini, bangunan parkir bertingkat itu sudah mencapai kapasiti maksimum 1,180 petak parkir sehari.

Stesen Kereta Api Kajang 2 memiliki 500 lot parkir, termasuk tiga lot parkir OKU yang dikendali syarikat Srijang Kemajuan dengan caj maksimum RM5.50 sehari.

BACA >>> Kereta Api KTMB dengan 398 Penumpang dari Kelantan ke Johor Terbakar
BACA >>> Staf KTMB Sudah Halang, Netizen Debat Punca Axia Kena Langgar Kereta Api

SUMBER: Facebook | KTMB

Related

148
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), pengangkutan awam, Stesen Kereta Api Kajang 2

Comments

  1. kereta perodua says

    March 18, 2023 at 3:53 PM

    ramai org naik ktm, kurang lah pembeli kereta perodua nanti. mcm mana nak merancakkan ekonomi negara ni.. hihihi

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my